Saturday, 30 April 2011

Kad Kawin

Assalamualaikum..

Aku ada masalah besar..Hp aku hilang aarrghh..Hilang kat rumah sendiri pulak tu..Macam mano ni..Dah berpeluh ketiak mencari benda alah ni.. Alkisahnya,aku mengada-ngada nak main mesej time tengok tv dengan family..So untuk mengelakkan gangguan,letak la mode silent..Lepas tu tambah mengada-ngada lagi tekak ni nak makan la,minum la,pergi la dapur 2,3 kali..Lepas tu ke toilet lagi..Sudahnya aku lupa mana aku letak hp..Dah masuk dalam lubang jamban ke?Atau dah masuk dalam cawan air kopi ke,pastu terminum sekali hp tu?Ajaib ni..Aku pelik macam mana hp tu boleh lesap..Lain kali nak pakai public phone la..Senang nak dikesan kalau hilang.. Sekarang pukul 1.44 pagi..Aku mencari dari pukul 11.30 malam tadi..Lamo tuuu..Den dah buntu..Anak jin dah makan hp aku ke?

Ah..pedulikan la..Harap-harap esok pagi anak jin tu kembalikan hp aku..Jangan dia habiskan kredit aku malam ni sudah la..Sekarang apa kena mengena hp aku dengan kad kawin pulak ni?Ok..ok..aku nak tunjuk sesuatu..Pada siapa-siapa yang dah tau tu..ok..lantak kau la dah tau..hikhik..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Apa bendanya ni?Kad kawin woi..Yang awek-awek kalau tengok mesti kata 'aaww sweetnya'..yang brader-brader pulak kata 'peh,gempak gila kad kawen dia ni'..aku first time tengok kad kawin FB..Memang sebiji la..Cuma ayat je tukar..Ye la takkan nak mintak user email and password jugak kat situ..



Ni kad kawin Zed Zaidi pelakon drama Sembilu kat tv9 dulu yang aku tak suka tu sebab cerita dia melalut ada beratus-ratus episod lepas tu tak sedap..Ok dah lebih.. Kad kawin ni adalah sebagai simbolik perkenalan dia dengan bakal isteri di dunia FB.. Sekali lagi 'aaww sweetnya'..Ok la tu kan..Ada kelainan.. Lepas ni mesti ada yang nak buat macam ni.. Lepas tu kalau ada yang berkenalan kat twitter,mesti kad kawin ala-ala Twitter,siap ada burung twit-twit yang warna biru tu.. :)

Macam mana pulak kalau yang berkenalan melalui blog? Buat kad kawin yang ada header masing-masing pun cute jugak kan? heee~

Friday, 29 April 2011

Kisah Hati

Assalamualaikum..

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Kenapa aku jiwang sangat pagi-pagi buta ni? Sudah,jangan tertipu..Ni lirik lagu je..Aku sebenarnya jarang layan lagu melayu penyanyi zaman sekarang ni contohnya semua artis Af,Mentor,Geng Stars and semua-semua tu la.Lagu melayu yang aku betul layan semua lagu Siti,itu pun lagu jiwang dia dulu-dulu contohnya Usah Diragui,Tirai Semalam and Seribu Kemanisan..Tak pernah dengar?Nak tau best ke tak gi layan kat youtube.. :)

Berbalik pada lirik tadi..Lagu ni nyanyian Alyah..ala,penyanyi yang suara lembut-lembut tu..Aku minat gak nak dengar lagu-lagu dia..And buat pertama kali aku dengar lagu melayu sekali je kat youtube pas tu terus download..Tadi aku hanya klik drama siri Nur Kasih sebab tiba-tiba nak layan cite tu balik kan..Tiba-tiba keluar pulak muka Remy Ishak dan Alyah..Disebabkan pelik sangat kenapa dak dua orang ni duk peluk-peluk kat tepi gunung,aku pun klik la kat video tu..Lepas tengok,''oh..video clip lagu rupanya"..

Lagu memang 100% best bagi aku..Yang aku kagum sangat ialah video clip dia..Terasa ada keunikan..Mula-mula bukak je terus nampak Remy Ishak menitiskan air mata..Ntah apo kono eh dio tu tak tau la..Lepas tengok lirik,tau la apa yang tersirat disebalik lakonan diorang tu..Hebat la pencipta lagu and pengarah video clip tu..Bagi aku,ianya hasil kerja yang superb.. Lagu,lirik,cerita dan lokasi pengambaran untuk video clip memang terbaik..Untuk pertama kali rasa kagum sangat-sangat dengan orang seni Malaysia..Eh,sebelum ni kagum jugak..Cuma tak tonjolkan kekaguman je..heee~

Ok,jom layan dan sama-sama rasa kagum..Kalau tak nak rasa kagum pun tak pe..Biar aku kagum sorang-sorang hehe..

video

Besar gedabak betul bunga merah kat kepala Alyah

Apa kata anda? Berapa bintang nak bagi? Bagi 4.5/5 je cukup la kan.. :)

Thursday, 28 April 2011

Hindustan vs Korea

Assalamualaikum..

Siapa kat sini tak layan hindustan? Eh kenapa tak layan? Sebab minat Korea je? Awek-awek confirm la minat Korea kan sebab hero Korea ni masing-masing kacak bergaya..hehe..Aku tengok cite Korea..Tapi bukan fanatik..Aku layan masa dulu-dulu je..Kan tv2 selalu sangat mainkan drama Korea waktu pagi-pagi..Hero yang aku kenal Lee Don Gun (salah eja tak? haha)..aku kenal sebab aku tengok cite Lovers In Paris and Sweet 18..Tu je la yang aku tau..heee~

Dulu aku roomate dengan 3 orang perempuan ayu yang minat gila Korea..Bayangkan dalam bilik tu ada 4 orang,hanya aku je yang kurang layan Korea..Tapi aku minat Hindustan and Tamil..haha..So,diorang ni kadang-kadang ada gak mempengaruhi aku dengan cite Korea dan aku pun try la pengaruh diorang dengan cite Hindi and Tamil jugak.. :) Tapi malangnya aku yang terpengaruh lebih dengan diorang dan diorang tak termakan dengan pengaruh Tamil aku..Ni mesti diorang tak suka tengok hero lawan terbang-terbang kan..hehe

Aku yang mula berjinak-jinak dengan Korea ni pun try la layan 1,2 episod satu cite Korea ni dari lappy sorang roomate aku..Nak tau cite apa? cite Full House..haha lapok gle da,aku baru terhegeh-hegeh nak tengok..Jom gelakkan aku..

Sekarang memang aku tak tau langsung cite Korea yang top kat pasaran..cewah terhangat di pasaran gitu..Yang aku layan lagu dari kumpulan yang famous-famous..Sekarang aku layan lagu Girls Generation..Itupun pengaruh roomates jugak.. :)

Aweks yang minat Korea ni,korang tak tau ke hero Hindustan pun handsome-handsome jugak.. :) Lagi pun cite diorang tak panjang macam cite Korea..Tak ada la korang duk fikir nak kena beli external yang lagi besar space dia untuk simpan drama Korea ni..hehe

Tengok..tak handsome ke ni? Shahid Kapoor hero Hindustan yang paling aku minat.. :)


Yang ni Surya..bukan suria mentari tu ye..Hero Tamil favourite aku..Handsome jugak pe,walaupun gambar macam poyo sikit..

Try la layan Hindi and Tamil sekali sekala..Jalan cite ok je..pedulikan kalau lawan sampai terbang-terbang tu..Bukan senang diorang nak buat scene terbang..Korea ada? heee~

"MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW"

Assalamualaikum..


Yeeaay..join segmen lagi..Tapi kali ni bukan segmen Abg Ben..ni dari Mummylovers..Thanks mummy sebab invite kita..Aku suka sangat blog mummy ni sebab header dia sempoi gitu~Jom teruskan syarat-syarat dia..

Ala mummy,kena letak gambar kite yang paling cun jugak ke? Aishh..segan la macam ni.. :)

Ni kononnya dah abis cun la ni..aku tak pakar edit-edit gambar..letak frame je pandai la..Mummy,ok la ni kan? heee~

Kawan-kawan yang lain jom la join scene Mrs Weiyda (alahai skemanya ayat)..Terjah dulu blog tuannya-klik..Blog mummy menarik sangat sebab banyak glitter graphics yang comel-comel..Aku hari-hari akan terjah blog dia sebab banyak tips dan info yang sangat berguna..Thanks mummy.. :)

Tuesday, 26 April 2011

No Title

Assalamualaikum..

Kadang-kadang hati sangat sakit menahan sebak.. Bila tiba-tiba teringat benda yang kita hilang,menangis sehabis daya pun masih tak cukup.. Ni la dinamakan dugaan..Walaupun diri masih mampu ketawa,bergurau senda,tersenyum gembira,tapi dalam hati tak ada siapa tau.. Tak tau la sampai bila akan aku alami benda ni..Ya Allah,kuatkan hatiku..

Mood : Sedih....yang teramat....

Senarai anak buah aku atau anak menakan bak kata orang penang haha

Assalamualaikum..

Alhamdulillah abang saudara kesayangan aku (ceh nak jugak taruk kesayangan tu) dan pasangan dia baru je menyambut kelahiran anak diorang yang pertama yang sangat comel di hospital kulim dengan berat 2.65kg.. (baca sekali nafas hehe).. Aku tak tengok lagi baby dia sebab jauh nun kat kedah..aku pulak kat n9..Tapi aku tau baby diorang comel sebab ayahnya sungguh kacak dan ibunya cun gilakss..Masakan anak tak comel kan..

Nama-Putri Chinta Qasryna Bt Mohd Azri Anuar..Ambik kau! Ni nanti masa sekolah mau kena tulis nama 2 line kat buku latihan..Pas tu masa nak nikah suami dia nanti kena practise 50 kali nak akad baru lepas agaknya..Tapi boleh ke nama anak dan bapak 3 patah perkataan?Jabatan Pendaftaran bagi ke?heee~ Suka hati la nak taruk apa kan kan.. :)

Nama budak zaman sekarang dasyat-dasyat..bukan setakat panjang,malah berbelit lagi nak menyebutnya..Lepas tu unik pulak kan.. Kasih Suci (cite Melayu),Kejora Bintang (cite Indon),Sayang Rindu (aku reka sendiri)..Nanti zaman anak kepada anak aku pulak,tak tau nama apa diorang nak bagi..

Seronok dapat anak buah yang ramai..Aku dah ada sorang anak buah betul (anak kepada kakak)..Abes baby yang baru lahir tadi anak buah tipu ke? hehe tak la..maksudnya anak kepada kakak aku tu dah kira darah daging sendiri..


Ni la budak nakal tu..nama-Qaseh Aleesya..nak jugak qaseh tu,tak mau ketinggalan..Dia anak pertama kepada kakak aku,anak buah pertama kepada pakcik dan makcik dia dan jugak cucu pertama kepada ayah dan mak aku..Kesimpulannya dia la yang pertama,tiada sebelumnya..Apo den merepek..? Disebabkan dia ni yang first,semua orang nak manjakan dia..Apa dia nak semua dapat,tambahan pulak dia ni kecik-kecik dah pandai demand..Pandai kau ye! Tapi dia seorang budak yang bijak..Ajar sekali dah dapat dan dia akan ingat benda tu..Macam tak sepadan dengan umur dia yang tak sampai 2 tahun tu..Harap-harap kau dah besar kau jadi lagi pandai ye,dik..Jadi doktor,majistret,arkitek,lawyer.. Pilih mana 1 kau nak..heee~

Seronok ada anak menakan ramai-ramai ni..Aku ada lagi sorang kakak dan sorang abang saudara yang tengah tunggu kelahiran baby diorang..Diorang ni adik beradik tau..Sama pulak tu bulan lahir anak diorang nanti..Plan ke apa?hehe..Dan masing-masing menunggu kelahiran anak pertama..Untung mak ngah aku,dapat cucu sekali 2 orang serentak..

Jom ramai-ramai tambahkan lagi bilangan baby wahai abg,akak dan saudara-saudaraku (aku terkecuali la ye)..Meriah sikit bila balik kampung masa raya nanti haha..Macam tak de motif.. :)

p/s : 3 hari lepas aku pergi Tesco Seremban..Aku selisih lebih 10 wanita mengandung (siap kira),tak kira pengunjung,sales assistant mahupun cashier..musim kot..haha..

Monday, 25 April 2011

BEN CARI BLOG BARU LAH

Assalamualaikum..

Nak join lagi sebab semalam join segmen yang tarikhnya dah tutup..sob sob~



Blog baru yang disukai :

http://blognuruladira.blogspot.com
http://cikgucinta.blogspot.com
http://bibie-mumui.blogspot.com (comel..gambar pooh)
http://sigadis-manis.blogspot.com
http://arenalin.blogspot.com (aik,macam kenal je haha..baru jgk kan)


Blog lama yang disukai :

http://keynahzalee.blogspot.com (kemas sangat blog dia..suka..heee)
http://www.benashaari.com
http://coxeza.blogspot.com
http://peliks.blogspot.com
http://zackzukhairi.blogspot.com (best sangat sampai letih nak baca satu-satu entry dia..hehe)

Thanks Bro Ben sebab anjurkan segmen ni.. :)

Sunday, 24 April 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Assalamualaikum..


Aku pun nak join jugak kan! Siapa lagi nak join? link.. Mari ramai-ramai bersantai ke blog Mr Ben Ashaari.. :) Wah2..first time ni aku nak join benda-benda macam ni..Terasa diri ni dah melangkah tahap 'pandai' sikit dalam dunia blogging..heee~

Ok2 jom complete kan syarat yang ditetapkan oleh bro Ben Ashaari..Hmm buat karangan eh?Tak po,den memang suko karangan sejak zaman sekolah lagi..hehe

Soalannya : Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog dan siapakah sumber inspirasi anda??

Aku start buat blog pada 1 Mac 2011..Baru sangat lagi kan..Dan pada masa tu,dah terang-terang terlalu ramai blogger yang start berblogging bertahun-tahun lepas..Sebelum ni aku hanya terjah blog-blog orang.Dan pada usia 22 tahun ni,aku rasa masih tak terlalu lewat lagi untuk aku create blog aku sendiri dengan bertujuan untuk berkongsi serba sedikit tentang life aku atau sesuatu yang lain yang mungkin dapat dikongsi bersama..Tak kan nak cerita life kita je kan?

Sebenarnya aku sendiri kurang pasti siapa yang mempengaruhi aku untuk membuat blog..Sebelum ni,terlalu ramai blogger hebat yang aku dah kenal pasti contohnya Bro Zack Zukhairi,Sis Hanis Zalikha,Sis Fatin Liyana dan of course Bro Ben Ashaari..Dengan entries diorang yang terbaik,ruangan tips yang sangat berguna untuk dikongsi dan jumlah pengikut yang ramai membuatkan aku berasa kagum dengan diorang..Tambahan pulak mereka ni semua dalam kolongan orang muda yang terpelajar..Ini mungkin menjadi pengaruh utama aku untuk buat blog..Dan secara tak langsung jugak diorang menjadi sumber inspirasi aku..

Keduanya,sudah tentu diri aku sendiri yang pengaruh aku untuk membuat blog..Aku seorang student..Study kadang-kadang buatkan aku stress..Dengan menaip sesuatu,ianya seolah-olah mengurangkan sedikit tekanan aku..Yela,menulis blog ni sama la jugak macam kita meluahkan sesuatu kan..

Ok..tu saja la..harap-harap aku akan terus rajin ber'blogging' dan dapat menambahkan lagi jumlah kenalan..Dan tiap apa yang kita semua kongsikan,moga ianya menjadi sesuatu yang berguna untuk kita semua..:)

(alamak,macam dah lebih 100 words..jangan tolak markah ye,cikgu..hehe)

p/s : Ayat macam skema sikit sebab kat sekolah dulu dah biasa buat karangan macam tu..heee~

Terima kasih Ya Allah..

Assalamualaikum..

Hati..seringkali meminta sesuatu..
Setiap detik setiap waktu..
Namun tidak mampu dibaca..
Tidak tercapai dek akal..
Tidak terdetik di benak hati..
Hanya berlegar di ruang mimpi..

Kalau bisa lidah berbicara..
Akan disebut setiap masa..
Aku meminta,aku merayu..
Kerana Engkau tempat mengadu..
Engkau tempat bersujud..

Seringkali Engkau mengerti..
Engkau maha kuasa dan Engkau maha mengetahui..
Kalau bisa ku tatap jauh ke dalam hati..
Akan ku cari makna nurani..

*************************************

Setiap manusia ada impian,cita2,hajat & macam2 lagi..Aku pun ada..Tapi kadang2 aku tak tahu macam mana nak mintak dari Allah..Penah dalam solat,aku dah tak mampu nak berdoa lagi sebab macam aku tak tahu apa aku nak.Macam tak terlafaz..Aku ingat lagi,aku penah dengar ceramah kat Uia..bercakap tentang doa..Manusia kadang2 tak tahu macam mana nak meminta..Kita bila berdoa mesti akan bercakap kan,atau pun cakap dalam hati..Tapi kenapa kadang2 mulut tak boleh nak bercakap..Aku selalu alami benda tu..Padahal hati ni macam2 nak meminta..Masa ceramah tu,ustaz tu cakap,kalau tak mampu berdoa menggunakan mulut,doa la dengan menggunakan hati..Aku tak paham~

Tapi lama kelamaan baru aku sedar..Kita ada macam2 cara untuk berdoa..Allah pemurah..Mulut kita,walaupun tak mampu nak berbicara,tapi Allah masih mendengar apa yang ada di hati kita..Apa yang kita mintak,pasti Allah akan tunaikan..Kalau bukan di dunia,pasti di akhirat kita akan dapat..Sebab Allah sayang kita,lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya..Yang penting kita ikhlas berdoa dan tak jemu meminta..Apa yang kita dapat,kalau rasa bertentangan dari apa yang kita mintak,itu adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmahnya..Sebab setiap apa yang Allah bagi,ianya terbaik buat kita..

Aku tiba2 nak cakap pasal ni sebab aku teringat macam2 perkara berlaku kat aku sepanjang aku hidup..Baik tentang mak ayah,keluarga,kawan2 mahupun pelajaran..Aku dilahirkan dari keluarga sederhana..Adik beradik aku ramai..Dah tentu kadang2 kita rasa camburu bila kadang2 adik kita dapat sesuatu daripada mak ayah lebih dari kita..Tapi aku tak sedar sebenarnya aku pun dapat sesuatu daripada mak ayah aku yang mana adik beradik aku tak dapat benda tu..Tiap pemberiaan tu berbeza2..Ikut rentak kita jugak..Mak ayah dah cuba bagi yang terbaik..Tapi kenapa aku lambat sedar..hmm..

Soal pelajaran..Aku tak seperti orang lain yang cemerlang dari darjah 1 sampai tingkatan 5..Aku tak pernah dapat straight A dalam apa2 exam..Result aku sederhana..Sampai pernah 1 hari tu aku rasa aku ni tak layak belajar tinggi2 dan aku akan bekerja masa umur 18-20..Aku fikir itu 1 kelemahan aku..Tapi sekarang di mana aku berada,aku tak sedar itu 1 pertolongan Allah untuk aku..Aku betul2 tak sedar sebenarnya perjalanan aku..Sekarang baru aku tersedar yang aku berada tahap ni yang mana dulu aku tak pernah terfikir yang aku akan capai..Allah masih tolong kita tanpa kita sedar..Sebenarnya kita perlu berusaha..Tiap apa yang kita usahakan pasti ada ganjaran,cuma sedar atau tak sedar dan lambat atau cepat je..Sebab Allah sayang kita~

Kalau umur masih panjang,macam2 lagi yang kita akan tempuhi..Tiap apa yang kita buat,kita buat la dengan bersungguh2..Demi diri sendiri & keluarga..Dan kita jangan lupa berdoa dan meminta..


Terima Kasih Ya ALLAH..

Saturday, 23 April 2011

Maharajalawak pilihan

Assalamualaikum..

Sepanjang aku duduk rumah,dah nama pun cuti,mesti la mengadap tv je..Biasala,nak buat apa lagi kan selain memasak,mengemas rumah,cuci pakaian,basuh toilet,sapu halaman & sebagainya..piiraah macam lu buat semua tu..heee~

Kalau dah hari2 tengok tv,mesti ada rancangan favourite kita..Tambah2 yang bersiri..Bila dah tengok sekali,habis la..Besok pada waktu yang sama dah terpacak depan tv pegang remote,duduk mendongak tanpa hirau keadaan sekeliling..punya la tunggu dan tak bagi orang lain kacau turn kau kan..

Aku minat realiti tv sekarang..Tapi bukan Af yang dah lapok tu..Gua tak layan langsung Af sekarang kerana sudah cukup anti & elergik! haha..Kalau masa tekan2 remote tu,sekali ternampak kelibat diari Af,gua jadi tak keruan & menggelabah tak tentu pasal..Lantas sepantas kilat gua menekan remote ke siaran lain sebelum sawan gua datang..*over* nampak bona memang dah tak suko..Selamat la ni Af yang terakhir..:)

Selain Imam muda (hehe nak selamat la tu..eh2 aku tengok ,ok),aku layan Maharajalawak..Maharajalawak ni menampilkan juara,naib dan tempat ketiga masa Raja lawak 1-4..Memang semua hebat2 dan saingan teramat la sengit kan..Tapi kalau dah nama pertandingan beramai2,confirm la ada yang ter'buat' lawak yang tak menjadi pas tu gelak la kau sorang2..Yang tu tolak tepi la..


Favourite aku Nabil,Sepah,Jozan & Jambu..Lawak diorang memang kering & sempoi..Jom tengok sekoq2..


Siapa tak kenal Nabil,juara Raja lawak season 2..Nabil ni bagi aku sangat kreatif dan pandai bawak penonton berimaginasi dengan lawak dia..Contohnya kalau masa dia perform tu,dia lakonkan watak seperti bercakap dengan orang lain,penonton akan dapat tangkap butir yang dia nak sampaikan walaupun die bercakap dengan halimunan..Penyampaian dia selamba dan tiap minggu dia akan sampaikan benda baru & sebab tu orang akan sentiasa tunggu performance dia..Pendek kato,orang kampung den ni pandai la berlawak untuk tiap peringkat umur manusio..Dari budak umur 6 tahun sampai la 80 tahun,semua dapat masuk dengan bahan lawak yang Nabil sampaikan..Yang sangat menarik tentang Nabil,dia tak perlu partner untuk buat persembahan..Sorang2 pun dah boleh gerak & cukup buat orang terhibur..Kira hebat la tu berbanding dengan orang lain..Jom layan 1 of his best performance..link



Next Sepah..Sampai sekarang aku tak tau kenapa nama kumpulan diorang Sepah..Adakah diorang ni kaki buat sepah,atau diorang jenis manusia yang habis madu sepah dibuang..Apa2 je la kan..~ Sepah juara untuk Raja lawak season 3..Dari Raja lawak dulu,tak pernah sekali pun aku tengok diorang buat lawak tak menjadi..Kiranya tiap2 minggu confirm diorang kelakar punya la..Dengan ahli kumpulan 3 orang ni sebenarnya buatkan Sepah maintain tiap kali perform sebab semuanya ada karakter masing2 yang menghidupkan cerita diorang..Performance paling best masa diorang lakon jadi budak dalam penjara..Tiap seorang menceritakan sebab kenapa diorang masuk dalam penjara..Tak payah cerita banyak..Tengok je link ni.. :)



Jozan stand for Johan & Zizan..Ceh kecoh macam la orang tak tau..:) Diorang tempat kedua & ketiga masa Rajalawak season 1..Tak payah masuk Maharajalawak pun orang dah kenal sangat dengan depa ni sebab sangat laku berlakon filem and drama..Dari situ diorang dah kumpul ramai peminat..Itu dah jadi satu bonus untuk diorang untuk menang dalam Maharajalawak..Ni link untuk performance diorang yang memang kelakar sangat la..and bagi aku ini la performance diorang yang paling best sepanjang Maharajalawak ni..



Eh2 nampak macam tak famous je..Memang la sebab diorang jarang keluar tv..Kiri tu Yus merupakan juara Rajalawak season 1..Juara?Yela,dah rezeki dia masa Rajalawak tu untuk menjadi juara..Dan selepas Rajalawak,rezeki Zizan dan Johan pulak lebih meluas sebab terima banyak tawaran berlakon dan mengecara..Eleh apa ni,baca rezeki orang pulak.Bagi penampor kang..Partner dia Tauke,merupakan finalis Rajalawak season 1 jugak..Aik,tadi kata ni untuk juara,tempat kedua & ketiga je?Ye,kehadiran Tauke adalah atas permintaan Yus daripada pihak Astro (skema ayat aku).Mungkin dia lebih selesa untuk perform berdua..Apa2 pun diorang memang sangat sesuai jadi partner atas pentas..Lawak tak ingat..link :)

Program ni sangat best aku rasa sebab betul2 melahirkan pelawak2 terbaik kat industri hiburan Malaysia..Cuba bayangkan kalau program macam ni tak diterbitkan oleh Astro..Rasanya kita duk tengok je la lawak Senario yang makin lama makin lemau dah sekarang..So,kita support je la..Tak salah berhibur asalkan tak berlebihan dan melampaui batasan..

*****************************************

Kalau Usop Wilca masuk Maharajalawak,rasa boleh menang tak? haha

p/s: Panjang betul aku menaip entry yang takde pekdah ni..subuh2 lak tu..ish2..

Thursday, 21 April 2011

Hari yang kurang baik

Assalamualaikum..

Tengah2 malam macam ni,terasa macam nak makan je.Tekak ni jahat je mintak makanan berat2 pulak kan..Aku mengidam nasi lemak ayam sebenarnya ni.Perrhh..memang berat sangat la.Tambah pulak dekat simpang empat dekat2 dengan rumah aku ni ada jual nasi lemak ayam sampai 2,3 pagi..Memang kejam pak cik tu sebab sengaja menambahkan kalori orang2 kampung yang malas nak bersenam mahupun berjogging dengan berniaga nasi lomak tongah2 malam ni.Terpaksa aku menahan je gelore nafsu di dada..

Hari ni,nasib aku tak berapa baik.Bangun pagi tadi,nak mandi je tengok air pulak tak ada.Cis,time aku tengah cuti duduk rumah pulak la orang ni nak cuci tangki bagai..Dengan berbekalkan sisa baki air yang tinggal dalam kolah tu,aku manfaatkan ia sehabis boleh.Berjimat cermat..:)

Tengah hari tu,pergi rumah makcik kat Dengkil sebab nak jemput nenek & atuk.Separuh jalan raba2 handbag tengok hp pulak tertinggal kat rumah.Cis..panas hati untuk kali kedua.Macam mano den nak hidup tanpa alat komunikasi yang terpenting abad ni..Nanti kot ada orang nak merompak,atau ajak berlumba,macam mana aku nak call polis..Mati den macam ni..Ah lupakan semua tu..Sekali sekala hidup tak ada hp,rilaks la.Lagi pun takde sape ingin call atau mesej aku..hehe

On the way balik tu pulak tiba2 sangkut jalan jam..cis bedebah!Sepanjang hari sebut cis.letih la macam ni..Dekat jalan Nilai Labu pun jam ke.Kalau Seremban den boleh terimo laie.Selamat la tak makan masa berjam2..Tapi sangkut tak bolah tahan.Berhenti tu kereta langsung tak gerak2.Kalau gerak macam siput tu boleh terima lagi..Isyarat merah dah berkelip2 tanda minyak nak kering..Mati la aku..hp dah la tak ada..Nape jam ni eh? Ada roadblock ke depan tu? Sekali tengok ada je pakcik2 motor dari lorong sebelah tak pakai helmet..Eh bukan roadblock ni..eksiden kot.. Tabah je la kan..Mata mengantuk gilak dah ni..Tak sabar nak sampai rumah..Ha,tang ni yg panas..Gerak punya gerak sekali tengok perjalanan tiba2 lancar.Seperti tak ada berlaku apa2 tadi.Aik,apa yang jam?Memang rasa nak hantuk2 kepala kt cermin kereta la kan.Paling tidak pun,bersebab la.Ada Rani Mukerjee dengan Salman Khan lalu ke tadi yang jam sangat sampai kereta tak bergerak langsung.Sakit hati je..

Apa2 pun Alhamdulillah la sebab bukan eksiden.Sangat ngeri tengok kemalangan sekarang ni.Meragut nyawa macam tu je.Arap2 dijauhkan dari ajal atas jalan raya.

Masa tu,aku tiba2 teringat kemalangan ngeri yang gegarkan satu Malaysia pada 10-10-10..Tragedi yang melibatkan bas ekspress Delima,Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia,tiga kereta dan sebuah van.Dekat dengan Plaza Tol Simpang Ampat Rembau,highway utara selatan.Ya Allah,sangat menyentuh jiwa....





Masa tu aku teringat2 jugak la..Tengah makan teringat..Nak tidur pun teringat..Memikirkan macam mana penerimaan keluarga mangsa..Macam mana la kalau terjadi pada keluarga kita..Ya Allah,mintak dijauhkan la daripada berlaku..~


Tensi..Tensi..Tensi

Hantu betul la..Apasal tak dapat upload gambar ni..Bila dapat upload,kedudukan gambar pulak berterabur.Ikut suka hati dia nak menepek kat mana.Aku tengah bersemangat nak story mori,tiba2 spoil.hangin la cam ni..

Blogspot nak sabotaj aku ke apa?Tak izinkan aku nak ber'blogging' kan?Sian aku..Baru nak berjinak-jinak,dah kena anaiya.Sedih la macam ni..:'(

Terpaksa la bawak diri kejap...babai~


Wednesday, 20 April 2011

Malam Seperti Pagi

Assalamualaikum..

Aku baru perasan 2 entry aku sebelum ni tak ada tajuk.So kali ni,buat je la title apa2 pun kan,asalkan ada sudah.Dengar tajuk je da macam pelik kan.Sebenarnya dah puas aku fikir nak buat title apa.Memandangkan sekarang ni (0620) aku masih tak tidur lagi,so kena sangat la nak buat tajuk tu.. :) Betul la,cuti berbulan2 kat rumah membuatkan diri ni terasa macam sangat tak berguna. Seperti penganggur.Siang tengok tv,malam berjaga sambil online.Tidur pulak lepas subuh.Bangun pukul berapa kalau macam tu? Tak usah cakap la kan..aishh..malu je~

Masa dekat u,time2 macam ni kalau nak study mesti si saitan da duk dekat hembus2 kat telinga kan.Mau lebih 20 kali menguap lepas tu tak tahan terus tutup buku,rebah kat katil.Cuba kalau time tu segar macam ni,confirm dapat dean list kan sepanjang tahun.Bangga~

Masa duduk mengelamun tadi memikirkan nasib diri,tiba2 terajin pulak nak kemas rak buku.Terjumpa la satu magazine dulu2.Seronok baca 1 fakta ni.Tapi memandangkan sekarang tiba2 mengantuk,aku fikir nak tulis entry pasal fakta tu pada keesokan hari atau petang nanti sebab sekarang pun dah pagi kan..haha.Bagus sangat la tu.Orang bangun untuk permulaan hari,aku pulak baru nak tidur.Ish kena ubah ni kalau tak,tak ada siapa nak buat menantu..Jangan marah ye,wahai bakal mertua..daa~

Saturday, 16 April 2011

Assalamualaikum..

          Aku tau skarang aku duk bercakap sorg2 sbb tak ada sape lg yg baca belog aku..siaannn~Tak apa..cakap je la sorang2 kan,apa ada hal.. Aku baru habis exam dan da balik ke rumah mak ayah yg tercinta...yeayy..Tak mau fikirkan sangat exam tu.. Macam2 yang aku lalui sepanjang sem 4 kat Uia.. Rasa macam nak kongsi..jom2.. :)

Kurang bersemangat
Kenapa eh? makin tua makin malas (take note ye:TUA)..macam mana ni? Belajar malas,berjalan pergi kelas pun malas2 tapi x penah skip lagi,cuma hati je berat nak melangkah ish2 baru aku tau aku semalas tu..yang paling dasyat,balik kelas nak pergi mandi pun malas.kene pujuk diri pulak dulu..teruknya aku..cuma makan & tido je rajin gilakk.Padahal awal sem aku sungguh bersemangat plan apa aku nak buat sepanjang sem.Siap plan nak pergi library berapa kali seminggu,set masa belajar berapa jam untuk satu subjek dalam sehari..Aku pergi jugak library tapi kejap je si saitan yang kejam telah hasut aku.Baca sikit dah tutup buku lepas tu keluar carik cafe berdekatan dan makan macam orang tak dapat makanan seminggu..

Tak tenang atau dengan kata lain masalah jiwa
Ceh.aku sakit jiwa ke apa?Aku alami macam2 masalah..Banyak menangis dan memaki hamun..Tu yang hidup tak tenang..ish2..Masalah kawan2-ada yang tak puas hati dengan aku..Mesti semua fikir aku jahat kan sebab orang tak suka kat aku..masalahnya yang dia tak puas hati tu lain macam sikit..contoh,dia marah aku belakang2 bila aku ada handbag baru walaupun aku kata aku tak ada duit..siap sebut dia tau harga handbag tu.Dah mak aku belanja tak kan aku nak tolak semata2 nak menjaga hati kau yang gundah gulana itu kan..dia jugak pertikaikan kenapa aku selalu jalan sorang2 & macam tak ada orang nak kawan dengan aku sebab aku sombong..Aih takkan aku nak pergi kelas kena ajak satu kampung..Senang cerita die mengumpat aku belakang2 atas perkara yang tak masuk akal.Kelakar kan?Panjang sangat ceritanya.tak best la kan nak cakap benda tak baik ni yang penting aku semakin rapat dengan roomates aku & kawan2 satu hostel tapi masalahnya hujung2 sem baru rapat..sedih~Kak ain & Yani mesti perasan kan yang kita semakin rapat masa hujung sem & minggu exam.. :-) Rindu korang.. Ermm ada lagi masalah lain yang menyentuh jiwa & raga aku-kes ex kapel la tu..Eh2 mana ada,pandai2 je.. J

Makan..makan & makan
Aku pelik tengok selera naga aku ni..Ceh padahal dulu2 pun ada selera naga.tapi yang ni selera bapak naga la pulak..Pagi2 aku duk fikir nak makan apa untuk tengah hari n malam & kadang2 duk fikir untuk esok sekali..Teruknya..Pasal exam yang tinggal lagi seminggu tak mau pulak nak fikir..Aku dulu makan tak penah sampai sepuluh ringgit sehari tapi sem ni kalau x cukup sepuluh ringgit sehari x sah walaupun cafe tu tak sedap..Orang mesti kata standard la makan sehari sepuluh ringgit..Itu orang lain tapi aku masa sem2 sebelum ni makan tak pernah lebih sepuluh ringgit..Adakah aku berjimat & diet? Haha ada la kot sikit..(kenapa aku type sepuluh ringgit bayak kali,kan lebih senang type RM10)..Sambung2 pasal makan tadi..Aku ni makan tak ada la yang berat2 sangat time malam macam nasi goreng ayam & nasi putih lauk tomyam..Cuma tengah hari je la kena makan nasi untuk kumpul tenaga kan.hahaha alasan..malam aku makan beehun tapi tengah malam (atas pukul12) aku bantai makan biskut dengan nescafe panas..bila masa la mulut aku berenti dari mengunyah kan..bila tido je baru urat saraf mulut berenti dari bekerja..Sian kau mulut,gigi & lelangit.Haa dah tu..Berat badan macam mana? mesti la maintain......gemok kannn~ :)

Exam yang entah pape
Ni mesti kau tak study kan pastu salahkan exam entah pape..Ok la aku memang malas study tapi tak ada la sampai tak bukak buku langsung & masuk hall dalam keadaan otak kosong..ish2 teruk tu..Aku ni jenis bersengkang mata bila esoknya exam..Maksudnya aku tak tido langsung sampai la waktu exam tu (last minute la tu kan kan)..Gila kau tak pening ke dalam hall??Dah soalannya macam gitu payah tak ada masa aku nak fikir pening & mengantuk..Tapi lepas exam tak payah cakap la..Keluar hall terus berlari dengan laju menuju ke bilik dan merebahkan diri atas katil..cuba bayangkan.. :) Motif utama aku nak cerita pasal exam kali ni,ish dasyat la kan..Sebelum masuk exam,aku akan buat dulu soalan last2 sem dua tiga bijik..Kalau tak buat pun atleast aku akan bukak & tengok bentuk soalan yang ditanya..Ceh2 konon dapat la ilham kan skali amik kau soalan sem ni tak sama langsung dengan sem lepas dari segi bentuk,kepanjangan,kesulitan & keputarbelitan.. (pening tengok ayat sendiri,lantak la)..Duduk je kat seat terus aku tengok muka depan soalan & tengok berapa soalan kena jawab dalam berapa jam..sekali tengok soalan semakin bertambah & masa dikurangkan daripada 3jam kepada 2 jam setengah yang mana berbeza dari sem lepas..Dalam hati terus kata *What? kuang ajo*..Bila bukak bertambah pening tengok ayat2 yang panjang lebar..Memang la ok diberi pilihan tapi kalau dah semua rupa macam tu baik tak payah ada pilihan melainkan pilihan ke3 adalah 'no need to answer if u dont know'..Sambil menjawab dalam hati puas memaki hamun diri sendiri sebab terlalu mempercayai kertas soalan dulu2 sebab tu masa lagi bertambah tak cukup..Lepas ni aku tak nak percaya kau da.Kadang2 terasa diri ini dianaiya..lol..Kawan aku cakap Uia buat macam ni sebab dah ramai sangat budak pandai2 & terlalu ramai dapat A (tak boleh ke semua student A?)..habis orang yang tak pandai macam aku ni jadi mangsa..Sian aku~

          Tak kesah la kan semua tu..Janji dah buat yang terbaik.Selain dari tu,ada jugak benda2 baru yang aku buat yang buatkan aku happy & kadang2 bantu jugak release stress.Contohnya aku join pengakap.Wah..bangga la.Time sekolah tak pandang pengakap pun kan sekarang baru nak terkial-kial mempelajari ilmu pengakap.Kadang2 bila pakai baju pengakap tu terasa macam aku budak sekolah..

Ni masa program ekspedisi from Uia-JB-Melaka and come back to Uia

Yang ni masa program Korobori pengakap Malaysia (pengakap kanak2) & masa tu kami bercamping pulak kat kem yang sama so secara tak langsung berkhidmat untuk depa ni..see..see..dah macam pengakap sekolah jugak kan?

Masa akhir2 sem sempat lagi join program induksi & sekali lagi kami bercamping..So kiranya aku ni bercamping je la kerjanya sem ni.. :)

Yang ni aktiviti water confident.Lihatlah betapa confidentnya aku.*muka cuak sebab takut terminum air keruh tahap gaban tu* haha

Yang ni masa belajar buat pengusung guna scarf.So kena try la kan bila dah siap.Cuba teka mana aku? heee~

          So kira happening jugak la hidup aku sepanjang sem ni walaupun bab study agak gila sikit kan..Apa2 pun sem depan jangan la nak enjoy sangat kan sebab nanti kau menyesal bila dapat pointer tahap %^$#(*..Nak salah kan siapa? Tak kan Kak Limah..Ok,babai..hehe terus babai..Abes nak apa lagi? :)

p/s : Jari2 aku mengalami kesakitan termasuk jua pinggang & belakang aku turut mengalami kekejangan.Sobab eh den menyental bilik air hampir 2 jam petang td (apahal lama sgt bai)..Tambah lagi aku menyental menggunakan berus dawai biasa.Gila kau berus lantai,dinding,kolah air dan sama waktu dengannya pakai berus dawai je..Patut la pun kan..Namun aku gagahkan jua menaip entry panjang lebar ni..Type2 tapi siapa je pun yang baca? huuu~

Sunday, 3 April 2011

Start – March 31, 2011 
Finish – April 14, 2011 

Ya! Hampir 3 minggu aku sakit kepala..
 Bagi aku,exam adalah benda yang paling x best dalam dunia ni sbb sgt memenatkan..badan penat sebab x cukup tido.otak penat sbb sehabis boleh paksa semua benda masuk dalam kepala ni.hati pun penat sbb hari2 duk sakit hati menahan kepedihan menanggung kesengsaraan ni.seriously,aku sgt x suka exam!

Alangkah bagus kalau exam tidak penah wujud.tapi kalau x ada exam,macam mana nak menilai tahap kefahaman & kemahiran yg kita peroleh sepanjang pengajian kita? Blajar je x cukup ye dak?

Ok..terima la kenyataan bahawasanya inilah kehidupan..

MOOD – study sambil guling-guling!
(poyo je lebih ni.x ada la tension sangat sampai nak berguling)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...