Sunday 22 May 2011

Aku tension bila aku cemburu..Kau? (^_^)

Assalamualaikum..

Lama dah aku tak update blog..Pertama sebab aku malas..Kedua adalah malas..Ketiga juga malas..Keempat baru la sebab aku tak ada idea..Lihat,ada 4 sebab kenapa blog ini bersawang..Bukan salah aku..Semuanya tidak diduga..

Aku terlalu asyik duduk berehat di rumah,menonton tv,makan tanpa henti,mengadap pc..sehingga aku terlupa yang sebenarnya aku ni sedang menduduki semester pendek dimana aku hanya ada 7 minggu sahaja untuk cover semua chapter subjek yang diambil..Bila dah dekat weekend baru nak bukak buku..Sangat keji perbuatan ini..


Aarrgghh..menyesalnya jadi orang yang malas!

Cakap soal pelajaran,baru-baru ni keputusan matrikulasi telah diumumkan..Orang selalu kecoh-kecoh bila SPM,PMR & seangkatan dengannya diumumkan.. Matrikulasi ini sungguh jarang..Sebab apa eh?Cer cite kat aku sikit.. (^_^)

Apa-apa pun aku nak ucap tahniah kepada sepupu aku yang paling aku rapat sebab dapat 4 flat untuk exam finalnya di matrikulasi hari tu..(oh,sepupu rapat ye?apa kes kawan dengan budak kecik yang baru abis matriks) haha..Kepada Faizal,sungguh bijak ye kau?Kau ingat aku heran..Aku pun penah dapat 4 flat tau..Tapi dalam mimpi..Kau ada?Eh..Eh bunyi macam cemburu jer?

Dah biasa kan kita dengar kes-kes cemburu di kalangan saudara mara,adik beradik dan rakan sebaya yang masing-masing sedang belajar..Bila result keluar,mulalah nak compare kan antara satu sama lain..Tak pun,menipu kawan tu kata kau dapat 3.8 sedang kan kau dapat 2.8..Adoi,takut bebeno kawan tu mengata hang..

Contoh 1

Kawan 1: Beb,kau dapat berapa?
Kawan 2: Aku tak check lagi la,kawan.Rumah aku tak ada internet.Nak pergi cc jauh pulak.Sekarang hujan lebat gila pulak tu.Memang tak dapat pergi.Mungkin esok kot aku check.

---> Biasanya berlaku bila kawan 1 lagi pandai dari kawan 2..Mungkin dia nak rahsia-rahsia la tu..segan..Siapa yang tak nak tau result secepat mungkin kan..
-cemburu sebab kawan lagi pandai dari kita-

Contoh 2

Kawan 1: Weh,aku dapat A-..Kau dapat berapa?
Kawan 2: Aku dapat B je..Tula,aku dah agak,mesti target tak sampai.Lecturer tu la,strict tak tentu pasal..Kalau aku ambik sama lecturer dengan kau mesti dah dapat A..

---> Bila dapat B,salah kan lecturer..Kalau dapat A,ayat tu lain pulak..*aku dapat A..selamat la kan..sebab lecturer tu payah nak bagi A kat student dia* amboi,bukan main ayat belagak..
-cemburu bila kawan dapat keputusan lagi baik untuk subjek yang sama-

Contoh 3

Kawan 1: Macam mana result kau hari tu?
Kawan 2: Pointer ok..Tapi aku fail la 1 subjek ni..Yela,aku kan lemah subjek membaca ni..Lain la kau..Baca sekali dah terus ingat..

--->Walaupun itu satu kelemahan,tapi nak relate kan dengan kawan pulak..
-rasa cemburu campur malu pada kawan bila ada fail-

***********************************************

Tiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..Cemburu ni dah biasa sangat dalam kalangan kawan-kawan sebaya ni lebih-lebih lagi bab pelajaran.. Aku mengaku,aku sememangnya cemburu bila kawan lagi pandai dari aku..Bukan setakat kawan je,orang yang aku tak kenal tapi aku tau dia belajar oversea pun aku dah cemburu..Normal la tu kan..Bab pelajaran ni dianggap saingan yang paling sengit dalam kehidupan..Bila seseorang tu belajar tak tinggi,dan dia berjumpa dengan orang yang belajar tinggi,mesti ada rasa segan dan malu dengan orang tu..Rasa rendah diri yang teramat..

Tak mengapa kalau rasa cemburu..Sebab cemburu ni buatkan kita akan rasa nak jadi lebih dari orang tu..Lepas tu akan timbul persaingan-->Iaitu persaingan yang sihat..


Persaingan yang sihat ye..Jangan persaingan yang ada unsur-unsur dengki dan penganaiyaan.. Bila dah tiba hari exam,pagi tu kau pergi taruk julap dalam minuman dia biar dia tercirit masa exam..Kejam tahu?


Kan seronok bila sama-sama berjaya.. :')



Tuesday 17 May 2011

Mereka 'naik minyak' menaikkan harga minyak

Assalamualaikum..

*PETIKAN DARI MSTAR ONLINE*

Rakyat Perlu Bersedia Hadapi Kenaikan Harga Petrol RON95

PUTRAJAYA: Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik. "Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. -BERNAMA



********************************************

Menaiki kenderaan sendiri memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk kos minyak..

Penggunaan kenderaan awam kelihatan lebih jimat namun sesak dan lambat..

Hendak berbasikal memang tak logik,apatah lagi menaiki beca..

Lebih baik menunggang kuda kerana jimat dan cepat..

(macam pantun 4 kerat)





Monday 16 May 2011

Pantun malas ciptaan aku (sajak pun boleh jugak)

Assalamualaikum..

Asal aku MALAS buat homework sekarang?

Sebab kena kira-kira..

Malas! Malas! Malas!

Asal aku MALAS buat homework sekarang?

Nampak sikit sebab ada 5 soalan..Tapi ada subquestion!!

Jadi,aku tambah Malas~

Asal aku MALAS buat homework sekarang?

Soalan tak susah,tapi calculator tertinggal di hostel..

Bukan ALASAN,tapi siyes tak boleh 'pergi' tanpa calculator!

Asal aku MALAS buat homework sekarang?

Sebab aku tak suka buat On-Line assignment lagi-lagi soalan MATH..

---> Juling mata tengok nombor on screen!

Asal aku MALAS buat homework sekarang?

Dah buat separuh,tapi ada salah kat soalan paling senang..

Hilang mood terus~

Asal aku MALAS buat homework sekarang?

Sebab due date lagi 4 hari~

(Manusia Malas suka bertangguh)

Asal aku MALAS buat homework sekarang?

Sebab aku MALAS lah!

Tidur lagi baik...zzZZZ



******************************************

p/s: Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru saya dari tadika kemas sebelah rumah di Keramat (tak ingat nama)-->Sekolah Methodist perempuan,Melaka-->Sekolah Kebangsaan Sendayan-->Sekolah Menengah Islam Seremban-->Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan-->Sekolah Menengah Kebangsaan King George V,Seremban-->UIA,Gombak..Sesungguhnya pengorbananmu sangat besar nilainya..Jasamu akan ku kenang..TERIMA KASIH,CIKGU! (banyak sekolah aku tapi tetap jadi pemalas jugak)

Saturday 14 May 2011

Aku & Blogspot

Assalamualaikum..

Aku cool je~

Walaupun semalam tak dapat sign in dan hari ni entry terbaru aku telah didelete..

Dalam minggu ni,aku ada terpikir nak beralih kepada wordpress

Atau dengan kata lain,nak curang la dengan blogspot!

Lagi pun aku baru je create blog ni dalam 2 bulan lepas~

So tak heran sangat la kalau hasil usaha menaip entry tu kelihatan sia-sia jer..

Ianya tak seberapa pun!

Mungkinkah niat aku nak curang ni telah didengari oleh blogspot?

Lantas berkelakuan macam ni kat aku..

Tak pe la..tak risau sangat sebab ramai kena..HaHaHa

Jadi,aku terpikir lepas ni nak ada domain and hosting sendiri..

Dan ingin create blog yang lagi berguna-->dengan menyediakan entry yang boleh dikongsi bersama..(cita-cita beb)

Blog ini tak akan dihapuskan oleh aku..Tapi kalau blogspot sendiri yang hapuskan,wa nak buat macam mana der..

Wa tak boleh marah,kecewa,terasa mahupun merajuk..

Lantak dia lah nak buat apa pun..

Kerana blogspot hanyalah PERCUMA..

(^_^)


Friday 13 May 2011

Kisah 12 Mei

Assalamualaikum..

Apa kabar kalian?Sehatkah?demam?batuk?selsema?Alahai..kesiannya..Makan ubat eh..Jangan nakal-nakal berpanas,berhujan kat luar tu..Duk diam-diam dalam rumah tau..(haha muntah tengok ayat pondan ni)..

*KESAH AKU HARI INI*

Aku bertolak dari bilik (hostel) menuju ke kuliyah ngam-ngam selepas sembahyang zuhur (1.45pm)..Bukan menuju ke kelas,tapi pergi semata-mata nak beli buku teks dan kalkulator finance dengan total harga kedua-duanya RM215..Ok fine!Bayar jugak la walaupun tangan menggeletar.. Dalam hati tekad dah 'no lunch untuk hari ni.no breakfast sepanjang next week.no nasi goreng pataya untuk sepanjang sem ni and macam-macam no lagi lah'..Hanya 1 subjek aku ambik untuk short sem ni tapi belanjanya cukup besar..Aku bersuara lagi dalam hati 'jangan berkira dalam menuntut ilmu'.. (^_^)..

Aku melangkah pergi ke bus stop dengan hati seakan-akan menangis tapi wajah cool je control ayu..Sekelip mata beg duit kempis wei,mana tak nangis..Dengan muka tak ceria langsung aku menunggu bas rapid yang katanya rapid tapi langsung tak rapid pun..Siput babi lagi laju..Mana tak nya,1 jam jugak menunggu bas tu!Bila dah tiba,berebut-rebut naik dengan student lain..Yang lelaki pun berebut laju-laju seolah-olah dia tu nak cepat sangat,macam nak pergi kejar bini yang dah nak bersalin kat hospital..Tak macho langsung la kau berkelakuan begitu..

Tiba-tiba tambang tak boleh pakai duit dah..Kena beli kad?watdahek?Semester baru bukak,sistem rapid pun nak buat benda baru jugak..Kena keluarkan duit minimum Rm5 untuk kad & kredit..Cis,kau memang pakcik!Kau tahu,aku sanggup berlapar tengah hari ni sebab nak jimat duit,kau sedap-sedap je suruh aku melabur untuk kad yang entah apa-apa namanya ni..


Kad Rabbit 1 Malaysia

Dekat belakang kad tertulis.. 'BIT! sekali masuk.BIT! sekali keluar.BIT! BIT! kad rabbit'..
-->Kepala hotak kau..haha

Bertambah malang lagi bila aku seolah-olah terkepit kat tepi tiang besi dengan dikelilingi brader-brader macho yang wangi-wangi belaka..Ni kalau kau angkat ketiak dekat sebelah aku,aku akan sepantas kilat bukak handbeg,keluarkan perfume & sembur kat ketiak kau..Confirm kau malu gilakk..Sepatutnya kau ucap terima kasih tau! haha

Sampai LRT,aku cool & happy je la..Naik tren bertambah happy lagi sebab dapat duduk hujung,boleh tidur.. :') Tapi sepanjang perjalanan hati jadi tak tenang balik.Tren tu tiba-tiba jadi lembab nak mamp*s sebab terlalu lama berhenti kat tiap stesen..'Ini entah pukul berapa aku sampai pun tak tahu la'..Perut dah lapar sangat..Aku terus mesej adik :

'mak masak apa?aku tak makan lagi ni'

Tak sampai seminit dia reply:

"sambal ayam & lauk ikan masak lemak cili padi"..

Perrgh terus telan air liur..Sebenarnya aku saje je mesej tanya pasal makanan kat rumah sebab nak happy kan diri dengan membayangkan lauk-lauk tu..Terima kasih mak!

Sampai Pasar Seni,jenuh pulak mencari bas yang menuju ke Stesen Hang Tuah..Dah letih berlegar macam orang tak tentu arah,terus aku ringan-ringankan mulut tanya orang:

'Bang,kat mana bas yang pergi stesen Hang Tuah?

'Oh nak ke Seremban ke?Bas tu dah pindah ke Puduraya,dik..Kena tunggu kat sana'

'Apa?kuang ajaq!Apesal pindah sana..Saya penat tau naik tren jauh-jauh,drebar bas tu sedap-sedap je nak pindah tempat..Saya penat ni abang tau tak.dah la lapar!'

haha tipu je..dialog sebenar :

'Oh yeke bang?Terima kasih ye..'

Disebabkan aku ni jahil jalan KL,aku call ayah mintak pertolongan..Direction yang ayah bagi sangat membantu..Dalam keadaan hujan,aku tabah je jalan kaki laju-laju menuju ke Pudu sambil makan budu pakai sudu..Jalan macam samseng pun ada..(^_^)

Tak lama jugak menunggu bas Seremban tu nak gerak..Selamat la kan..Aku ni dah cukup letih bawak beg lappy yang berat,campur lagi keberatan buku yang baru beli dengan harga yang sungguh 'murah' tadi..Nak patah tulang belakang aku..Naik bas,duduk je kat seat,aku terus keluarkan earphone dan layan lagu tamil..haha tak habis-habis dengan tamil kau!

Bayangkan,aku keluar dari UIA pukul 2pm,sampai Seremban pukul 6.30pm..Macam nak balik ke utara pulak! Dah la aku ni pengguna kenderaan awam yang tegar..Bila dah berlaku macam ni,rasa nak boikot je..Protes la cam ni! (haha ada aku kesah? :')

***********************************************

p/s : Alhamdulillah..gembira rasanya sebab Malaysia akhirnya capai jugak kemenangan yang pertama selepas 5 perlawanan apabila dapat mengalahkan Korea 3-1 dalam game hoki piala Sultan Azlan Shah tadi..(sebut sekali nafas tanda bangga)..Tahniah untuk skuad negara! :')

Thursday 12 May 2011

Lu Langsi Lu Mati (tajuk nak gempak)

Assalamualaikum..

Sekarang jam 2.45am..Tapi mata terbeliak lagi macam sekarang pukul 3 petang..Kalau time minggu exam,mengada kau kan mata nak layu-layu..Bila time tak ada kerja,segar bugar je kau..Mood tak boleh tidur yang aku alami kat rumah sepanjang cuti hari tu dah terbawa-bawa sampai ke hostel..Kat rumah tak apa lah wei kau nak buat perangai macam ni,tidur lepas subuh lepas tu bangun tengah hari..Kat sini bahaya la..Pagi tadi 1st class pun aku dah bangun lambat..Akibatnya aku masuk kelas lewat 15 minit dan tak suka bila masuk kelas lecturer tengah khusyuk bercerita dan student semua melopong dengar celoteh beliau,lepas tu bila aku masuk terasa aku diperhatikan sambil dimaki sebab mengganggu kekhusyukan mereka..Dah la kelas pertama ni sangat penting sebab awal-awal ni la lecturer bagi info pasal assignment, quiz,midterm & segala benda la..Tensi tau..tensii..

Memandangkan buku teks pun aku tak beli lagi & tak ada apa-apa rujukan pun boleh dibuat untuk mentelaah (konon la kan),sepanjang hari aku duk melopong je macam orang takda hala tuju..Datang sini nak belajar tapi tak buat pape pun..Balik kelas terus tidur..Dah dekat Maghrib baru bangun,pergi mandi,sembahyang,mengaji dan mengelamun kejap sementara tunggu Isyak lepas tu turun cafe makan malam..Dah kenyang naik balik bilik bukak lappy, layan lagu sampai muak lepas tu tak tau dah nak buat apa..Memang tak aman rasanya hidup ni..Bila malam je dah mula rasa tak best..

Bf pun hilang tak muncul-muncul..Kalau tak,boleh la call ajak berborak, bergurau senda dan bermanja-manja.. haha sudah..sudah..lebih pulak..

******************************************

Yang penting esok aku nak layan movie hero malaya ni..


Lu Langsi Lu Mati

Da lama aku tak menonton wayang dengan girangnya sambil makan popcorn yang bersaiz besar sebab tamak..


Nak beli besar macam ni pastu tak nak kongsi dengan sesape pun walaupun sedang menonton filem Kongsi.. (memang betul-betul tamak -->orang tamak selalu untung) hehe

**SINOPSIS FILEM KONGSI:-

Ia mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan kongsi gelap terdiri dari pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan.

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.

ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? KITA TUNGGU ESOK.. Heee~

Besok pulang ke rumah laju-laju lepas tu enjoy puas-puas sebab bila dah balik sini hidup akan jadi murung dan tidak ceria semula..Ok..ok..nak sambung mengelamun balik sambil layan lagu tamil..bye.. :')


Tuesday 10 May 2011

Shopping

Assalamualaikum..

Hari ni aku pergi Tesco Seremban..Macam biasa la,pergi ATM dulu untuk meng'check' duit balance di dalamnya..Aku ditemani mak tersayang..Sama-sama pergi ATM,aku yang keluarkan duit,tapi mak yang bayar masa membeli-belah..Kejam aku sempena hari ibu ni..Rasa menyesal pulak.. Abang aku sekadar menjadi peneman je.. Bukan nak tolong adik dia mengangkat bakul yang seguni beratnya..Siap nak mintak upah kalau dia tolong angkatkan.. Dalam hati aku cakap 'tak jantan langsung' haha tak tak..angah,jangan marah naaa...

Seronok jalan-jalan bila time orang tengah kerja..Lengang Tesco tu..Rasa nak main kejar-kejar dengan mak aku..Tapi apakan daya,mak aku tak nak main sebab dia kata tak larat nak lari..hehe nampak sangat buat cerita tipu..


Ini antara barang yang aku beli (except pencil case)..Pencil case tu aku beli lama dah..Saje selitkan sekali sebab nak menambahkan suasana kehijauan di situ..haha nampak sangat motif sebenar aku upload gambar ni sebab nak bagitahu yang aku minat gila hijau..Itu pun sekarang dah tak gila sangat.. Dulu boleh dikatakan semua benda nak kaler hijau..Kalau baju raya aku 4 helai,empat-empat tu warna hijau..Tak meriah langsung raya aku dulu-dulu..heee~


Lepas ni,boleh la aku berkawan dengan mereka kan..'keluarga hijau'.. :')

Sekarang musim panas..Ramai orang demam,batuk,selsema dan segala bagai la..Aku dah 3 hari mengalami sakit tekak yang tak elok-elok..Tapi tak demam-demam pun..Selalu sangat aku alami macam tu..Rasanya dah bertahun aku tak dapat demam..Asal nak demam je,mesti tak menjadi..main acah-acah pulak dia..


Walaupun sakit tekak,aku boleh layan lagi chocolate blog ni..Memang cool la..Lepas minum terus baring sebab tekak bertambah sakit lepas tu tiba-tiba effect kat kepala..Macam tak ada kena mengena..Tapi siyes,poning den woi..

Esok aku akan pulang ke UIA..Ambik short semester..Mungkin lama aku tak update blog..Lepas tu nanti,mula la bersawang blog ni..Harap-harap masa aku nak update nanti,masih ada pembaca yang sudi terjah-terjah blog aku.. Dah la berapa kerat je yang ada..Nanti kalau angpa berpaling,siapa lagi nak baca blog aku? huk huk.. :')

Ok..ok..aku caw dulu..Doakan aku dapat sambung semester baru ni dengan lebih rajin dan dapat belajar dengan tenang..Nanti dapat pointer tinggi,grad cepat,dapat kerja bagus,gaji besar,lepas tu dapat la aku buat contest kat blog ni dan sediakan hadiah yang lumayan..korang jugak yang untung..hikhik..kan..kan? :')


Monday 9 May 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

From SRC IIUM

(REGARDING TO ACADEMIC CALENDAR ISSUE)


We already call Prof Dr. Nik Ahmad Kamal (Deputy Rector Students affairs) regarding to the date for the beginning of short semester. Actually, A&R made a mistake in academic calendar regarding Wesak Day break. Therefore, we will begin our short semester on:

-Tuesday, 10th may 2011

* Academic Affairs SRC 2010/2011


Dengan ini,hilanglah tanda tanya semua student UIA..Jangan duk kalut lagi naa..Wesak Day sebenarnya jatuh pada 17 Mei..Tapi dah tersilap,nak buat macam mana..Dapat cuti free,happy-happy sudah..Relaks lagi la aku kat rumah selama 2 hari..Walaupun semester 3 start hari Selasa,aku masih boleh bersenang-lenang di rumah dan pulang ke habitat kedua (UIA) pada hari berkenaan sebab kelas aku start pada hari Rabu..Buat apa nak balik hari Isnin kan.. :) Sekarang aku nak kecoh lebih pehal?Orang cuti sampai bulan 9 tu tak kecoh pun..


Baru-baru ni,result semester 2 dah diumumkan..Alhamdulillah lulus dengan cemerlang..Eleh nak gempak je..Tak cemerlang sangat pun sebenarnya.. Setakat pointer macam tu,budak yang selalu dapat 3.8-4.0 hanya pandang sebelah mata je..Apa-apa pun aku bersyukur dengan apa yang ditetapkan olehNya..Alhamdulillah..Perjuangan masih panjang..Umur masih muda.. Sementara ada kudrat,kesihatan yang baik dan otak yang masih boleh berfungsi,kita masih lagi ada peluang nak belajar dan bekerja..Rebutlah peluang yang ada..



Menuntutlah ilmu walaupun jauh ke negara China.. :)


Jangan jadi macam ni sudah la..Kerusi ada,pergi duduk atas rak buku buat apa..Tak baik..

*************************************************

DOA UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN


"Ya Allah,tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang engkau permudahkan,Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.."

Thursday 5 May 2011

Tips Mengawal Hutang

Assalamualaikum..

Kita hidup kat dunia ni tak pernah lari dari berhutang ye tak?Yela,segala benda yang kita nak buat atau capai,semuanya perlukan modal yang besar..Daripada rumah,kereta,pendidikan,berniaga dan macam-macam lagi,semua tu perlukan modal sampai berpuluh dan beratusan ribu..Bila dah tak ada modal,yang tak berkemampuan ni apa lagi,meminjamla..Manusia yang berkemampuan berapa kerat je la..Diorang ni pun nama je mampu buat pembayaran atau berbelanja secara tunai tapi ada antara mereka kadang-kadang nak jugak berhutang sebab menganggap kalau bayar cash ni macam satu tindakan tak bijak..'Aiihh RUGI la bayar cash'..Tu dah biasa kita dengar kan..So,nak kira mampu atau tak mampu,orang tetap jugak nak berhutang..

Implikasi hutang ni sangat la bahaya..Orang kalau tak halalkan,Allah pun tak akan ampunkan kita..Nauzubillah..

" Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)


Rileks,kak..tarik-tarik rambut tu bukan boleh melunaskan hutang anda..

Ada cara nak elak asyik berhutang..Benda pertama,kita kena tahu bahana yang kita dapat bila asyik meminjam..Nak-nak kalau pinjam kat along,angah,alang dan seangkatan dengannya..Orang yang bagi pinjam ni,kalau nak jugak duit tu,macam-macam cara diorang boleh buat..Ugut-ugut tu dah jadi perkara biasa..Bila kita nampak kereta kita kena simbah cat merah je,dah mula ketar lutut kan..Nak lari pun,sampai ke mana je dapat..Hidup tak kan tenteram..

Keduanya,had kan kehendak kita..Kehendak ni tak berbatas.Memang tak terbendung..Tapi keperluan kita limited..Kalau nak ikut nafsu naga kita ni,semua benda kita nak..Pantang Samsung keluarkan model hp baru,kita pun cepat-cepat menanam niat di dada bahawa 'aku akan miliki telefon tu sebelum orang lain memilikinya'..Amboi kau,tak menyempat betul..Bila duit tak cukup,demi nak bergelar pengguna pertama hp Samsung yang baru tu,daya kau pergi meminjam kat makngah,anak makngah atau pun jiran makngah.. So,kalau kita berbelanja ikut keperluan je,mesti cukup dengan pendapatan kita..Kalau orang yang susah dan tak cukup pendapatan untuk beli keperluan,diorang memang akan terpaksa berhutang,tapi hutang tak kan banyak disebabkan keperluan kita yang limited tu..Kalaulah contohnya kita masih nak jugak beli hp yang beribu riban harganya tu,try la kumpul duit gaji kita bulan-bulan..Ala,biarlah orang lain dah beli..Bukannya Samsung cipta hp tu untuk dia sorang..Anggap je kau takkan jumpa makhluk lain yang beli hp tu..Langkah ni sebenarnya lebih bijak dari kau meminjam tak tentu hala..

Ketiganya,kalau nak meminjam,kena la meminjam secara berhemat..Ni kiranya nak meringankan bebanan hutang kita la..Yela,nak lari dari berhutang zaman sekarang ni memang payah..Nak beli rumah,kereta..memang tak dapat nak cash la..Melainkan kau memang kaya raya sejak azali lagi..Sebelum nak buat pinjaman,kena tengok tahap kemampuan nak bayar ikut pendapatan kita..Contohnya nak beli kereta,pastikan kita kira-kira dulu perbelanjaan minyak,pembaikan dan macam-macam lagi sebelum decide nak beli kereta yang memerlukan bayaran ansuran bulanan berapa..Kalau duk sedap je buat keputusan nak beli Honda Civic Hybrid,lepas tu bangga pulak bank luluskan loan,tapi bila rosak atau eksiden kena repair,dah sakit nak bayar ribu riban lagi..Semua tu kena fikir..Kos tambahan macam ni kena ambik kira dulu sebelum buat keputusan nak beli kereta mahal-mahal..Pastikan pendapatan cukup nak menampung hutang bulanan dan kos tambahan..

Satu lagi pasal bil..Jangan buat-buat nak tangguh bayar bil..Cuba kira berapa bil kita kena bayar dalam sebulan..Air,electricity,telefon,hp dan sebagainya.. Satu bil je dah beratus-ratus..Kali kan dengan 4 bil..Kalau kita bertangguh sebulan pun dah sakit..Ni kan kalau berbulan-bulan..Sudah la kena bayar yang tertunggak,lepas tu kena tambah lagi caj penalti..Bahaya,bukan?

Kawal perbelanjaan dan buat belanjawan,terutama yang sudah berkeluarga..Untuk makcik-makcik yang selalu beli barang dapur,toiletries dan semua kelengkapan rumah kat pasaraya,pastikan sebelum pergi tu list kan barang yang nak dibeli siap-siap..Oh,ini macam tips berjimat cermat je..Tak pe,masih boleh pakai..heee..Masa kat rumah kita bolah nampak barang apa yang betul-betul perlu sangat..Jangan dah sampai supermarket baru nak list kan..Daripada makcik hanya memerlukan biskut kering Hap Seng,bila nampak biskut aneka dalam tin,tiba-tiba makcik rasa nak senaraikan biskut tu dalam list..Kan bahaya tu..lari bajet makcik..tak dapek nak koja nanti..hikhik.. Lepas tu bila nak bayar,duit pulak tak cukup,mula la call suami yang tengah tunggu dalam kereta 'abang,tak cukup ni..meh hantar sini lagi RM100'..Berbelanja macam ni tak berhemat..Bila dah hujung-hujung bulan start la sakit nak pakai duit..Apa lagi,meminjam la..

Yang ni paling penting,elakkan penggunaan kad kredit secara berleluasa,sesedap rasa dan sewenang-wenangnya..Penggunaan kad kredit ni bahaya sebenarnya..Kad kerdit la punca terbesar orang berleret-leret dengan hutang sampai naik gila fikir untuk melangsaikannya.. Anggapla kad kredit ni penyelamat ketika kita dalam keadaan terdesak atau kecemasan..Sekali kita dah belanja guna kad kredit,mesti nak guna lagi..Nikmat sangat kau rasa kan..Bila dah guna,jangan lambat bayar dan bertangguh-tangguh..sebab kadar faedah baki hutang kita tu bolah jadi lagi banyak dari pinjaman..Jangan terkejut bila tiba-tiba tengok hutang kau banyak macam kau beli set home theater sedangkan kau hanya beli set pinggan mangkuk hari raya je hari tu..Ni contoh..So,jadikan kad kredit ni langkah terakhir untuk membuat pembayaran..Bayar secara tunai dan penggunaan debit card adalah lebih baik..Tak gitu?

Dan akhir sekali,kena belajar la membuat simpanan..Masa kecik-kecik pandai pulak kumpul duit belanja sekolah sebab petang-petang nak pergi main tikam dengan kawan-kawan (kecik-kecik dah pandai berjudi)..Teruskan la amalan tu bila dah besar ni..Bukan amalan berjudi,tapi amalan menyimpan tu..Duit simpanan ni penting..Tiap kali gaji,jangan la keluarkan duit habis terus..Kan nikmat bila bulan depannya time gaji lagi tengok duit kat bank makin meningkat..Cuba anda buat selama beberapa tahun,lepas tu check balance..'Waauu,aku kaya'..Best kan?Masa tu beli la apa yang anda hajatkan sangat sejak anda remaja tanpa nak kena berhutang bagai..


Jangan jadi mata duitan sudah la (eerr macam tak ada kaitan)..

Amalkan hidup yang kurang berhutang..Hati pun senang..Tak ada nak pening-pening fikir pasal hutang tiap-tiap bulan..Ha,tertinggal 1 lagi point..Kalau nak kahwin,elakkan jugak membuat pinjaman peribadi..Cukup la sekadar kereta dan rumah saja memerlukan pinjaman..Kumpul la duit dari start bekerja sampai nak menikah dengan awek atau bf hang..Sebab tu la jangan berangan sangat nak kahwin ala-ala inggeris la,kawen kat atas kapal la..Cukup sekadar yang termampu..Kalau kita mampu,tak apa..Betul tak?


Gambar hiasan

p/s : Memberi orang pinjaman adalah besar pahalanya dari bersedekah sebab kita membantu orang dalam kesusahan..Apatah lagi menghalalkannya sekira penghutang tak mampu untuk membayar..Dah tu,orang yang berhutang jangan pandai-pandai ambik kesempatan cakap kat pemiutang 'halalkan la hutang aku..besar ganjarannya'..siap complete kau bagi hadis nak membuktikan ianya betul-betul mulia di sisi Allah..Songsang gitu,tahu?

p/s2 : Mengelak daripada membayar hutang atau membuat pinjaman dengan niat tak mahu membayar semula akan menyebabkan orang tu sengsara seumur hidup dan kehidupan akan menjadi sempit..

DOA


Ya Allah ya Tuhan kami,sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan duka cita,aku berlindung kepadaMu daripada lemah kemahuan dan malas,aku berlindung kepadaMu daripada sifat penakut dan kedekut,aku berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

Monday 2 May 2011

Menjadi ke K-pop Malaysia?

Assalamualaikum..

Hari ni bangun tidur macam biasa mesti turun katil terus berjalan menuju ke cermin..Tengok muka sendiri *cute jugak aku* hikhik..Betul-betulkan rambut yang dah rupa hantu kubur,lepas tu capai towel terus ke bilik air..Dah siap wangi-wangi macam biasa la mesti bukak laptop terus..Dah jadi rutin orang-orang yang seangkatan dengan penganggur ni,tu je la kerjanya..Bila dah on laptop,benda pertama nak bukak mesti facebook? kan..kan?Korang pun macam tu kan? :)

Terjah punya terjah facebook orang,aku nampak orang duk cakap-cakap pasal kumpulan K-Pop Malaysia yang baru nak mencipta nama..Aku pun google la sebab nak tau kenapa orang duk kutuk depa ni..



Gula-gula apa?gula-gula getah ke?

Kumpulan ni baru ditubuhkan tahun ni..Aku rasa something wrong la dengan rakyat Malaysia sekarang..Dah terlalu obses dengan artis luar sampai nak tiru meniru bagai..Sangat tak sesuai bila orang kita berpakaian macam tu..muzik dan tarian pun ala-ala Korea..Bukan nak menjatuhkan artis sendiri,tapi kita ada budaya kita sendiri..Cara kita berbeza.Orang Malaysia meminati Wonder Gilrs dan Girls Generation tu sebab lagu dan style diorang..


Nampak perbezaan tak?

Penerimaan rakyat Malaysia terhadap artis k-pop Malaysia ni tak kan sama dengan k-pop Korea.Tengok dari segi pakaian pun orang dah tolak habis-habisan..Belum dengar lagu dan tengok tarian lagi..Sebab ni adalah Malaysia..Memang la artis Malaysia lain pun ada yang seksi terlampau tapi itu pun dah cukup banyak terima kritikan orang..Tak kan nak menambahkan lagi yang dah sedia ada..


Nak lentik macam mana lagi tu,cik kak?

Selepas dapat kritikan,ni komen diorang :

KAMI BAGI PIHAK GULA GULA INGIN MENYATAKAN DISINI BHW ANGGOTA GULA GULA TERDIRI DARI 6 ORANG YANG MANA EMPAT DARI MEREKA ADALAH BERAGAMA KRISTIAN. KEHADIRAN KAMI DI DUNIA HIBURAN BUKANNYA NAK BERMAKSUD UNTUK MENYAKITI HATI SESIAPA LEBIH LEBIH MEMPERLEKEHKAN AGAMA TERTENTU . KAMI MEMOHON MAAF JIKA KAMI MENYAKITI ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA TANPA KAMI SEDARI .BAGI DUA ANGGOTA KAMI YANG BERAGAMA ISLAM..

PIHAK PENGURUSAN AKAN MEMASTIKAN BAHAWA MEREKA AKAN MEMAKAI PAKAIAN YANG LEBIH SOPAN IA ITU JIKALAU MEREKA PAKAI SHORTS ATAU SKIRT, IANYA AKAN DI GAYAKAN JUGA DENGAN STOKIN GELAP HITAM YANG TIDAK MENAMPAKKAN KULIT.

SEKALI LAGI KAMI INGIN MENYATAKAN DI SINI KAMI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENYAKITI ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA... SEBAGAI MANUSIA BIASA KAMI JUGA TIDAK DAPAT LARI DARI KESILAPAN...JUTAAN MAAF DI POHON DAN KAMI SENTIASA AKAN MENERIMA IDEA ATAU NASIHAT DARI MASA KE SEMASA TERUTAMANYA ANDA SEMUA YANG BENAR BENAR MENGAMBIL BERAT TERHADAP KAMI.

DIHARAP TIDAK ADA LAGI KOMEN YANG LUCAH LUCAH SELAIN DARI KOMEN YANG MEMBINA ...

TERIMA KASIH


Alahai,gula-gula..Terlalu jauh la kalau nak memperkatakan soal agama..Cukup je la kalau angpa fikir pasal budaya je.. Kita tengok la sejauh mana kumpulan ni akan mendapat sambutan peminat..


Eh ni siapa? Nak tiru SuJu pulak?


Dah berkhatan ke belum semua ni? hikhik

Sabo je la dengan depa ni..

p/s : Kalau nak sokong depa,klik ini..Kalau nak pangkah macam aku,klik ini pulak.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...