Friday 26 August 2011

...words that will not be forgotten...

I want to tell you that,
even million girls I see,
it'll not be the same as u..
You are a very2 special until I die..
There's no words to describe how much I love you
& how special you are to me..
U'll not know..
Even an angle come,
You're more special..

*These sentences just came across in my mind.Betul kata orang,masa adalah pengubat segala-galanya..*

--->Pagi-pagi buta ni jugak nak layan jiwang.

Thursday 25 August 2011

Sabar Di Bulan Ramadhan Adalah Perlu!

Assalamualaikum..

Apa macam puasa kawan-kawan?Banyak letih ka?Lapar bangat?Logik tak nak tanya soalan ni masa hari ke 25 puasa?Apa daaa..Ok,soalan yang sepatutnya ditanya ialah,berapa pasang baju kurung kawan?Kasut dah beli ke belum?Seluar kaler apa?Kameja berapa helai?Boxer raya dah beli?haha apa pekdah tanya semua benda ni.. (^_^)

Pelik aku,asal nak raya je tanya benda ni..Cuba tanya dah bayar zakat ke belum kawan?Berapa hari missed tarawikh?Habis tak 1 Quran Ramadhan kali ni? (eerr..diri sendiri yang terasa..) Arap-arap baik-baik saja hendaknya.Yang duk bertong-tong hisap rokok dalam satu hari tu,bulan ramadhan ni kurang la jadi sekotak je (banyak jugak)..Yang terlebih bela lemak macam aku ni,turun jugak la berat badannya.Tapi aku tak pun.Makin naik ada la.Pokoknya,selain menambah pahala dengan berpuasa dan bertarawikh,ada jugak la kebaikan lain yang kita buat sepanjang bulan ramadhan ni..Alhamdulillah..

Tapi bila disebut-sebut tentang pahala dosa,aku rasa bulan ramadhan ni jugak la aku banyak kutip dosa..Astaghfirulah..Mana tak nya,dalam keadaan lapar dan dahaga ni perasaan nak marah tu selalu datang walaupun ada silap sikit.Pantang orang buat siot sikit kat jalan raya,mula la mulut nak terlepas cakap benda yang tak baik.Kat pasaraya,kalau orang terlanggar bahu sampai jatuh berguling air ribena yang dibeli untuk berbuka nanti,punya la dalam hati 'wak lu..buta ke apa.orang dah la lapar ni'..Ini la dia ujian orang berpuasa.SABAR tu benda utama!

Nak dijadikan cerita,hari ni aku memang panas hati masa tengah beli sesuatu tadi..


lebih kurang macam ni la aku duk berlegar-legar dengan mak aku masa beli barang dapur tadi.pusing-pusing mencari sampai cukup tawaf 7 kali.yang mak aku ni nak nuget salut tempura jugak.yang lain tak boleh ke?haha

Aku sangat pelik bila pekerja dalam pasaraya tu sendiri tak tahu kat mana barang yang kita nak..Logik tak kalau kita tanya boleh dia jawab 'saya tak tahu la amoi,saya tak jaga sini.awak tanya kakak sana la'..Ok,aku pergi kat sister comel tu..3 kali aku tanya benda yang sama,dia asyik jawab 'ha?ha?apa?saya tak tahu la apa awak minta'..lagi tak boleh pakai.Arap muka je comel..Dan yang ketiga..'oh..tak da ke benda tu kat sana?'..kalau aku tau,baik aku je kerja sana gantikan diorang yang makan gaji buta tu.Sabar je la..

Agaknya masing-masing dah tak sabar nak raya.Yang chinese tu pulak mungkin dia lapar sangat mengalahkan orang berpuasa sampai tak boleh nak tolong langsung.Pelik..

Nasib baik hati kembali berbunga-bunga sebab teringat kasut raya yang baru je beli sebelum tu.. (^_^)..Pengajarannya,jangan kerja supermarket time-time nak raya.Nanti kena maki dengan customer macam aku..hehe..

*********************************



Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday : Dream Guy??

Assalamualaikum..



*Ada stok macam ni tak kat Malaysia?*




Sunday 21 August 2011

Hijau adalah saya.Tapi saya bukan adik-beradik shrek.

Assalamualaikum..

Amacam masuk sini?Rasa macam masuk hutan rimba yang penuh dengan pepohon.Atau masuk ladang sayur.Siapa yang tak suka hijau confirm rasa nak maki.Maafkan la saya ye..

***********************************

Aku ni dah berkurun dah tak update blog.Macam tak serius je nak berblogging kan.Ni rasa nak marah diri sendiri ni.Sudah la duduk rumah tak buat apa.Sekurang-kurangnya kembangkan la otak sikit dengan menaip entry.Yelakan,nak buat entry kena jugak pikir ayat.Kalau dah tak ada idea tu,kasi perah otak lagi biar idea keluar.Baru la ada rasa tension.Bila tension,baru la terasa otak ni bekerja sikit.Kalau duduk rumah tengok tv,dengar lagu,makan,tidur,memang confirm otak tak berjalan langsung.Yang berubah,saiz badan,berat lemak dan sebagainya.Ish bahaya ni kalau 3 minggu lagi macam ni..

Oleh yang demikian,hari ni saya rasa nak bertekad untuk menggerakkan blog ni.Saya akan tanam semangat untuk jadi blogger tegar.Saya akan menghadap laptop 24 jam sampai bil api melambung-lambung sehingga mak saya memaki saya.Tapi belum apa-apa,saya rasa macam takkan je.Sebab saya ni jenis bertekad bukan main,tapi esoknya saya lupa diri semula.Kasihan tengok diri saya..

Eeerr tak selesa langsung gelar diri 'saya' eewww.Baik,untuk tidak melengahkan masa sebelum menanti pukul 5 untuk bersahur,apa kata aku membanggakan diri sekejap di atas kejayaan besar aku (kecil bagi orang lain) menukar template dan header blog aku ni..pap pap pap pap tepuk tangan sikit.Kecohkan aku?Bukan apa,atas ketidak sengaja aku menjumpai background hijau ni,tiba-tiba segalanya aku tukar menjadi hijau.Seperti tulisan,trafik widget,si kotak menjerit,dan juga header yang muka bajet cun tu.Secara tak sengaja juga tulisan header tu kena dengan background yang dirembat dari google padahal header tu dibuat sebelum background dijumpai di tepi jalan.Bagus betul kehidupan aku yang penuh dengan tidak sengaja ni.Kan bagus kalau tak sengaja tertengok soalan bocor yang tercicir depan bilik lecturer 3 hari sebelum final exam.Atau pun tak sengaja terambil note RM50 berlipat-lipat yang dijumpai atas jalan raya masa keluar dari kedai mamak.Wah bahagia hidup..

Kalau ditelek-telek,dibelek-belek dan digelek-gelek,header aku tu sebenarnya sangat la huduh sebab bercapuk.Ini la akibat orang yang buta seni photography.Nak guna brush kat photoshop pun fail.Gambarnya pula salah cut.Double fail.Dan apakah fungsi bunga mati tu kat situ sebenarnya?Uih sangat FAIL! Ini aku katakan kejayaan besar?Lagi kesiaann..

Tapi untuk menaikkan semangat diri,aku tampal la jugak header tu kat atas blog ni.Betul ke menaikkan semangat diri?Ke memalukan diri?Apa-apa la.Janji hado dari takdo..Esok-esok usaha la lagi create yang lagi kebabom kan.Usaha tangga kejayaan! Chaiyok! (betul tak eja chaiyok?)

Ok la nak sahur ni.Sebelum tu,aku nak ucap dulu Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun seminggu lebih lagi nak raya.Mana tau kot azam aku ni memang tak leh pakai.Cakap je nak update selalu tapi hareemm..Ok bye..




* Eeerr tajuk bukan main nak bagitau yang aku minat hijau..



Monday 15 August 2011

The Magic Of Number 1

Assalamualaikum..

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11.. Ini adalah fakta yang pertama. Keduanya,cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambahkan dengan umur kita pada tahun ini..Keputusannya adalah 111 buat semua orang..

Eg : Seorang yang lahir pada tahun 1989 dan umurnya pada tahun ini adalah 22.. Jadi, 89 + 22 = 111.

Sangat teruja! Subhanallah..

Friday 5 August 2011

Masih tak terlambat nak wish Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Sudah lebih sebulan aku tak update blog semenjak habis short semester hari tu.Nak kata kerja,elok je duduk berehat di rumah.Nak kata tak ada sumber untuk online,elok je hari-hari muka menghadap lappy sambil layan youtube.Nak kata busy mengemas rumah,tipu sangat la.Belum nak raya lagi.Pendek dan panjang kata,aku ni pemalas dari segala benda.

Sepanjang cuti,selain tidur,tengok movie,merayau rumah jiran menggalah rambutan dan macam-macam lagi,aku ada jugak menghabiskan masa depan pc sambil blogwalking dan baca entry menarik rakan blogger lain.Macam-macam perkara berlaku sepanjang bulan Julai yang diorang sibuk utarakan.Ada yang komen hentam-menghentam pasal perhimpunan bersih.Tak lupa jugak orang nak update issue bola.Dan sudah semestinya,ada jugak yang tak kan ketinggalan bergosip dengan melepaskan perasaan menyampah masing-masing terhadap Memey Suhaiza and Norman Hakim yang sibuk nak khawin sponsor berjuta-juta sedangkan lebih baik mereka buat kenduri doa selamat atas pelepasan diorang dari kes khalwat tahun dulu..Macam-macam cerita aku baca dari blogger-blogger prihatin ni.Kira aku ni up to date jugak la kan..Tak update blog bukan bermaksud aku sembunyi di bawah tempurung katak.Lagi pun.pekejadah aku nak duduk bawah tempurung yang sempit tu..haha..

Alhamdulillah sekarang kita semua masih lagi diberi peluang nak tempuhi bulan Ramadhan tahun ni.Tahu tak tahun berapa hijriah?Ni ada je yang lupa tahun Islam kan?Tahun kafir bukan main ingat.Siap tiap tahun nak buat konsert countdown.Eh eh teremosi pulak bulan puasa ni.Sekarang tahun 1432H.Syukur masih dipanjangkan usia.Aku suka puasa tahun ni sebab cukup sebulan bersahur and berbuka di rumah.Kalau tahun-tahun sebelum ni,puasa di hostel.Masakan mak hanya dapat rasa seminggu sekali je.Itu pun kalau rajin balik rumah.

Macam mana dengan tarawih?Sangat best ok!Hari-hari pun semangat nak pergi masjid.Sebab rumah aku ni kawasan perkampungan.Dah tentu orang yang pergi ke masjid tu kebanyakannya orang-orang tua (ke orang tua-tua??).Hanya buat 8 rakaat dan imam pun laju.Boleh ke nak kata happy macam ni?Eh mestilah.Kalau lama-lama sangat,aku pun dah tak khusyuk dan asyik pikir nak sambung makan lagi kat rumah.Haha buruk perangai.Ini kenyataan maaa..

Anyways,time bulan-bulan puasa ni la senang nak dapat pahala..Jom la rebut-rebut kutip pahala.Syaitan pun dah diikat.Tapi jangan kita pulak ganti si syaitan ni.Berhati-hati lah masa nak raya ni dan jangan amalkan pembaziran masa shopping kuih,baju,kasut,make up and segala benda.Ni pesanan untuk diri sendiri jugak.. :')



Niat untuk sebulan lagi selamat.Mana tau takut terlupa baca satu malam tu.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...