Wednesday 29 June 2011

Sifat MALAS akan memusnahkan masa depan!

Assalamualaikum..

--> walaweeh..ketaq lutut cek tengok tajuk entry!

Apa rutin aku di hostel setelah habis kelas harian seperti biasa?Memandangkan hari exam jatuh pada hari Sabtu (2 Julai) dan kelas sudah tamat pada hari Isnin (27 Jun),maka aku merasakan baki-baki hari yang ada terlalu lama menyebabkan aku boring sangat menunggu hari peperiksaan tersebut.. (gila kau 5 hari tu kau kata lama..macam la cukup sangat nak habis study dalam tempoh tu)

Celik mata dari tidur,terus bukak lappy..mandi pun tak lagi..Oh memang buruk perangai tapi siapa je yang nampak..haha..Benda pertama nak bukak mesti facebook..Asyik-asyik facebook..Tengok noti,approve atau ignore friend request,baca mesej kalau ada dan semakkan wall kawan..Itu je la yang aku duk buat bila bukak facebook..Memang takda pekdah lah oii..

Sesudah tu,terjah blog pulak..Bukan update entry,tapi tekan link news kat side bar..Baca paper!Paper yang wajib dibaca adalah The Star and Metro..Yang lain kadang-kadang bukak sebab tak larat baca semua nanti mata juling tenung skrin lama-lama.. :')

Tak cukup dengan itu,untuk mengisi masa lapang lagi,aku turut memasuki laman web yang digemari remaja kini..(dewasa pun boleh juga hehe)..Apa lagi,baca gosip la haha.Terjah Beautifulnara dan Ohartis..ish ish apa nak jadi aku ni?Eh,mesti sentiasa up to date ok..We should always keeping up with what is going on out there bebeh untuk memastikan diri tidak ketinggalan zaman..Nanti aku terlepas cerita terbaru contohnya Siti Nurhaliza mengandung 2 bulan atau Fasha Sandha berbikini lagi kang macam mana?Contoh la..

Dah habis baca gosip,sambung lagi berhibur.Layan youtube pulak..Ulang-ulang tengok video Matluthfi.Tak cukup dengan tu,bukak SNSD sambil ikut diorang menari..Kadang-kadang layan lagu tema Imam Muda pasal aku suka gila lagu tu walaupun aku tak suka Mawi..haha suka suki kau je tak mau suka Mawi..

Ok,bila dah berjam-jam buat benda takda pekdah ni,dan lepas tu dah buntu sangat tak tau nak buat apa,baru la start bukak buku..(boleh ke macam tu?)

Bila nak berjaya woi kalau kau berterusan berperangai macam ni?!


Padahal berderet je soalan sem-sem lepas yang tak bersentuh lagi..Photostat je lebih..


Kalkulator nak sampai 2 biji tapi study malas..apa nak jadi?


Siap ada bekalan minuman tatkala kelaparan..Minum neslo panas (bancuh separuh milo fuze & separuh nescafe mild dalam 1 glass,maka jadi la neslo buatan sendiri)

Wake up,bro! Dahulukan pelajaran.Exam subjek tu hanya sekali (kalau tak repeat la)..Hiburan dah berkali-kali kan? Apa salahnya kau tangguh dulu layan SNSD tu.. Nanti menyesal kemudian tiada gunanya,bro.. (bahasakan diri Bro baru cara beb)..

Ok Bye,nak pergi study.

******************************************************

Update : Jangan lupa tonton Remaja hari Jumaat ni jam 6.30 petang di tv9 sebab ada penampilan eksklusif Matluthfi & Maria Elena,berbicara tentang dunia Vlogging.. Tak tau dapat tengok ke tak sebab aku exam keesokannya dan tambahan pula payah bagiku mencari sumber untuk menonton (tv la).. :'( (gwa jatuh cinta kat mamat ni kot lepas tengok video sempoi dia especially 1 video ni yang dia dedicate khas untuk ibu dia..so sweeeett..heee)

Tuesday 21 June 2011

Siblings have completed my life

Assalamualaikum..

Aku ada 6 orang adik-beradik..Ramai tak??Oh tak cukup ramai,tapi ok la juga der..Cukup 3 pasang pulak tu (3 lelaki 3 perempuan)..Aku lahir tahun 89,dan adik bawah aku lahir tahun 90 ..ye ye memang tak ada beza langsung..Mak aku tak bagi can aku jadi anak bongsu sekejap..cam ni arr mak..cam ni aarr..

Bukan itu saja..Beza umur akak dan abang aku pun tak jauh beza..Umur akak aku sekarang 25 dan abang aku 24..Tapi akak aku kecik-kecik dulu teruja dapat adik..Biasa la,anak sulung perempuan memang berperangai macam tu..Anak dia sekarang pun berperangai macam tu..Sama macam emaknya..Pantang nampak baby,tak pasal-pasal gelarkan diri kakak..Tak sabar nak ada adik la tu.. :')

Ok,beza umur 2 lagi adik aku tak sama macam akak dan abangnya..adik 2nd last aku berumur 18 tahun dan yang last 14 tahun..4 tahun pun jauh jugak beb..Dah pandai berlari,bergusti dan berjoli masa tu,baru la dapat adik..Untung lu sebab masa tu lu dah pandai mintak macam-macam..Bila dah jadi anak last,confirm lu dapat kan..Tambah lagi lu tu anak manja ayah..Sampai ke besar dipanggil anak manja ayah..Tapi sekarang bila dah habis sekolah macam dah takda lagi gelaran anak manja..padan muka lu..haha

-->Tengok wajah sekor-sekor siblings aku ikut turutan..heee~


Amirah (kaklong)
25 years old
Married

Description :
-Banyak bercakap atau dengan kata lain kuat membebel haha
-Berkemas tak ingat..sampai ada je barang yang hilang sebab terlalu rajin menyusun lepas tu lupa letak mana..aih kelakar kelakar..
-Garang bai..Tapi marah-marah cute terutama marah si suami hikhik

Suami :
Nazlishah (seorang brader yg gila macho dan digilai ramai..ahakss)

Anak :
Qaseh Alesya (anak kau bapak comel rasa nak culik jadikan anak aku..LOL)



Amir (angah)
24 years old
Sudah berpunya

Description :
-Tak kuat enjoy macam bujang-bujang lain..(rugi rugi..)
-Penggemar online yang tegar..mengadap pc sampai subuh pun boleh ni..tapi itu dulu..sekarang macam dah kurang je..nape?
-Tak pengemas bai haha..sebab di mana kau tanggal seluar,kat situ kau letak seluar kau..paling tak tahan,kau tak suka basuh pinggan..kan dah terbocor rahsia kat awek kau.. :')

Awek :
Si kecil molek yang lagi muda dari aku..aku tak suka sebab aku tak dapat panggil dia kakak dan dia tak boleh panggil aku adik haha..gila!



Aren Alin->bukan nama sebenar hikhik (kaklang @ jembalang)
22 years young
Sudah diceraikan tanpa talak..(???)

Description :
-Kuat makan,kuat tidur,kuat mengelamun,kuat berangan,kuat enjoy,kuat berkaroke,kuat tengok movie,kuat dengar lagu dengan kuat,kuat buang masa sekuat-kuatnya..dan belajar kurang..macam mano nihh??
-HOT ! oh bukan hot yang tu..tapi hot tempered..kena ubah..kena kena!
-Sedang mencari..sebab takut kahwin lambat..wa nak kahwin cepat maa..haha

Ah sudah..awat duk cita pasai ang! next next..


Azwin (kakcik)
21 years old
Single

Description :
-Kuat bersukan sampai sijil pun dah tebal nak mamp..kalau timbang dan jual boleh untung maa..
-Banyak perbezaan antara kami contoh,tinggi-pendek,kurus-gemok,aktif-lembik..tau la yang mana aku kan..-->aku- pendek,gemok,lembik..
-Oh ada perbezaan lain lagi..kami ni sebilik..aku jenis pengemas (tak leh blah naikkan market sendiri) dan dia tak kisah bilik bersepah..bila bilik bersepah,aku naik hantu..rasa nak je kemas beg dia dan campak keluar bilik tapi apakan daya rumah tu rumah mak bapak aku yang mana mak bapak dia jugak..so aku tak leh nak halau haha!
-Sangat minat bisnes sampai 24 jam duk pikir bisnes je..Yang ni buatkan ayah aku bangga sebab anak dia ni nak ikut jejak dia..Tapi aku tak paham 1,dia baru habis diploma pengajian insurans dan nak sambung degree dalam bidang sains sukan..asal kau tak nak ambik bisnes study?



Alqaf Amin (ateh)
18 years old
Sudah berpunya

Description :
-Rajin..Baik adik aku sorang ni..Jaga solat,mengaji..Sejuk perut mak kau dan mak aku jugak sebab mengandungkan kau..
-Tapi kadang-kadang ada degilnya jugak tak dengar kata..Biasa la,anak lelaki..
-Pengemas yang nak handsome selalu tak nak kalah..
-Suka barang berjenama contoh,nak jugak beg adidas,tak mau yang lain..tapi takpe..kerja kuat kumpul duit sendiri nak beli natang semua tu..kagum kagum..
-Gila gitar..
-Gila bola..
-Bakal ustaz ni..tapi ustaz rock la..

Awek :
Eh ustaz,mana boleh awek-awek ni..tak boleh,tak boleh..kamu kena jadi ustaz contoh tahu!


Nur Muhammad->only his name isn't started with A (adik)
14 years old
Tak tahu dah berpunya ke belom..kalau ada,siap kau..aku sunat buat kali ke-2 haha

Description :
-Hoho panas baran bai..Habis akak-akak and abang-abang dia kena bantai..
-Malas sekolah tapi pandai jugak.. :')
-Terkenal dengan sifat penakut sampai aku rasa nak menyamar jadi pocong malam-malam and duduk kat tepi katil dia..biar dia rasa..
-Manja sangat sampai tak nak duduk asrama..cis takleh jadi..kitorang semua pernah duduk asrama..
-Gila game and gila bola macam abang dia..Dan gila kereta jugak..Habis semua jenis kereta dia tau..aku ni lancer and subaru pun kadang-kadang tertukar..pastu dia duk gelakkan aku..

Orang cakap muka kami semua sama dan lebih pada baka ayah (hidung mancung,kening lebat,jari kontot-kontot haha)..Adik beradik ramai ni best sebab meriah..Tapi yang tak best mesti ada gaduh-gaduh..Awin pernah bergaduh dengan angah masa kecik-kecik siap bergusti lagi..Masa dah besar ni pun ada jugak gaduh-gaduh mulut..Tak syok tahu! Bila gaduh,mula lah tak bertegur berminggu-minggu..


Walaupun bercekau,tapi air yang dicincang tak kan putus dua,tiga mahupun sepuluh..tetap darah daging kita..Aku walaupun pernah gaduh dengan kaklong siap tak bertegur,tapi masa dia kahwin bagai nak gila jugak nanges..Sebab terasa dia akan pergi dari rumah..nanti nak gaduh dengan siapa lagi? heee.. (aku nanges diam-diam takde siapa tahu..control macho maa)

**************************************
Yang pasti,dah kahwin nanti aku nak anak berderet..syok woo anak ramai..
Nanti masa raya,meriah rumah aku dengan anak-anak dan cucu-cucu..
haha boleh pulak pikir macam tu.. (^_^)



Thursday 9 June 2011

Bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman..

Assalamualaikum..

Hari selasa pukul 9 malam aku baru balik uia sedangkan aku ada kelas pada hari isnin (maksudnya aku dah skip kelas la heee)..Sampai-sampai je terus mandi dan bergegas ke bilik kawan untuk mintak tunjuk ajar atau dengan kata lain menagih simpati mintak terangkan kat aku tentang assignment yang perlu dibuat..Disebabkan aku miss kelas hari isnin jadi padan muka aku sebab tertinggal 1 chapter kerana 1 kelas lecturer ajar 1 chapter..huhu sedih la..Memang terkial-kial bila kena belajar sendiri lagi-lagi melibatkan pengiraan..kalau fakta tak da hal just baca sendiri je.. :')

Ok ok itu cerita aku miss kelas hari isnin..Masalah paling besar yang aku alami adalah aku sebenarnya ada midsem exam pada hari rabu malam tapi sikit pun aku tak study lagi pada hari sebelumya sebab aku berada di terengganu atas urusan keluarga (alasan malas study sebab sebelum pergi terengganu tu banyak je waktu senggang kat rumah hehe)..oh kenapa aku exam malam?macam pelik kan?mak aku sendiri mempertikaikan benda ni..Boleh pulak aku call mak lepas maghrib cakap "mak,nak pergi exam ni..please pray for me"..mak aku dengan muka pelik dia (agak la kan sebab kat hp mana nampak muka hihi) cakap kat aku "aih,exam?malam-malam pun ada exam ke?pukul berapa pulak habisnya tu?".. ontah la mak..mungkin malam suasana lebih tenang dan romantik dan lecturer pikir student dia lebih bersemangat untuk menjawab..Untung-untung semua dapat skor and result gempak-gempak (tak gempak siap la kau,cakap banyak bona).. (^_^)


Ini baru dinamakan menjawab exam dengan tenang..tak macam orang belakang dia..berpeluh-peluh menjawab..

Disebabkan aku hanya ada masa yang sebegitu singkat,aku cuba memanfaatkannya dengan study sehabis boleh dan berjuang mati-matian untuk menamatkan revision sebelum malam esoknya..Pukul 11 malam tu,aku bertekad di dalam hati..

--> ok ok sekarang pukul 11,exam pukul 8 malam esok,aku ada kurang 20 jam dari sekarang untuk study selepas tolak waktu solat,mandi,makan,termenung dalam toilet (be*ak) and segala bagai lagi..ouh cukup ni<--

hehe pandai la kan nak sedapkan hati yang gundah gulana ni..taapiii....Amat sedih sekali sebab malamnya aku tertidur dengan lenanya siap mimpi Aaron Aziz ajak aku kawen padahal dia dah ada bini tapi berniat nak jadikan aku bini kedua dia..mana la aku nak sebab i tak rela berkongsi youu..Tapi mimpi tu tak penting bagi gua..Soalnya sekarang gua dah men'short'kan waktu gua yang 20 jam tadi menjadi 13 jam sebab tepat pukul 6.45 pagi gua terjaga dan rasa seperti ingin menangis..Rasa sungguh menyesal pegi landing sekejap malam tu..tak sangka boleh terlena walaupun baring kat lantai je..huuhu :(

Seperti kera kena belacan aku berlari sambil melompat-lompat menuju ke toilet,cuci muka,gosok gigi dan bergegas solat subuh sebab dah lambat (perlu ke nak cite?aah suka hati la hehe)..Selepas solat,terus bukak buku and study sikit sementara tunggu kelas pukul 10 pagi..Habis kelas dalam tengah hari,aku terus balik bilik dan sambung study sehingga jam 8 malam..Bayangkan berapa jam je ada untuk aku settle kan semua topik tanpa perlu ada tertinggal sikit pun..oh tidak,sungguh payah nak merealisasikan impian tu..lagi payah dari menjadi gadis semasa sunsilk merealisasikan impian anda..

Tapiii..oh ada tapi yang kedua..

Pernahkah anda merasai situasi di mana anda sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dalam waktu yang singkat namun pada masa tu ada suara-suara ketawa bersuka ria seperti sedang berparty di sebelah compartment anda?Adakah pada masa tu anda rasa nak menempik,menjerit,berjoget atau bangun dari kerusi dan turut join party hebat mereka tanpa menghiraukan pelajaran anda tadi??


Siyes aku rasa nak hangin 1 badan tapi bersabar je sebab kenangkan roomate ni adik-adik lagi,kang nak marah-marah nampak aku ni macam akak yang emo dan tak sporting langsung..Perlu la kan nak berlagak cool depan junior.. :') Ku pekak kan saja telinga dan cuba sedaya upaya untuk focus walau pada hakikatnya memang tak dapat nak focus la kan..

Dan pada malamnya,aku pergi je exam dengan berbekalkan ilmu yang tebal di dada (tipu)..Jawab sehabis boleh namun tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut..Aku tak suka jawab exam bila betul-betul soalan last aku jawab,lepas tu terus habis masa..Tak sempat nak double check..-->Suka tak suka tu masalah kau,sape suruh lembab sangat menjawab..jangan salahkan lecturer buat soalan banyak pastu bagi masa singkat untuk menjawab..heee~

Ok..balik exam terus rasa nak berehat di bilik..nak tidur awal dan harap dapat sambung mimpi Aaron Aziz tu hehe..Tapi aku dihantui perasaan hangin 1 badan balik sebab roomates aku sekali lagi berparty..Kali ni siap angkut kawan..oh tidak..sungguh terganggu tidurku..Pukul 2 pagi masih lagi ketawa riang depa ni..Siyes,aku hampir terlena tapi tiba-tiba terkejut bila diorang ketawa serentak beramai-ramai..Dengan perasaan begitu marah,aku capai hp and taip mesej"Pliz,kak aren nak tidur ni tolong la jangan bising!"..tapi selepas menaip,aku termenung sekejap dan terus tekan cancel hihi..tak jadi hantar..(saya kan kakak yang cool)..Apa yang aku mampu buat,aku capai earphone and sumbatkan kat telinga walaupun tak pasang lagu..Lepas tu aku tutup dengan bantal..Efektif jugak cara tu.. (^_^)

So lepas ni kena banyak tanamkan sifat sabar dalam diri aku ni sebab dapat roomates adik-adik yang ceria macam ni..Suka bergelak ketawa jer depa..Tapi selepas ni tak tau la aku masih mampu bersabar atau tak sebab setahun lagi nak duduk sebilik dengan diorang..

Harap-harap kekal la sifat sabar ni.. :)

********************************************
oh tidak..masa tengah menaip ni pun diorang tengah bersuka ria gelak ketawa..pliz pliz akak kau ni bukan penyabar sangat orangnya..heee~

********************************************
p/s :


kawe tak sokong hok mano pun..tapi kadang-kadang kawe raso nak sokong ganu..cuma masalah sekarang,apa yang kawe sokong,mesti akan kalah..contoh dulu kawe sokong MU tapi MU kalah haha..
(amboi buruk bunyi cek cakap kelantan ni..-->wat masa la ni cek memang tak pandai langsung loghat kelantan..aik aik dah tukaq kedah pulak?)


Thursday 2 June 2011

Himpunan Sejuta Belia Putrajaya Memang Gempak!

Assalamualaikum..

Waahh lama gilaakk tak update..Tengok tu dah banyak sangat sawang..Ishh isshhkk kena sapu-sapu pulak dulu sawang ni..da macam rumah tikus..(melalut la kau makcik!)

Sebenarnya aku baru saja menyertai Program Pengakap Jambori 1 Belia kat Putrajaya dari 26 hb (Khamis) hingga 29 hb (Ahad)..So agak lama tak dapat online dan masa program tu tak terpikir langsung pasal fb ke,blog ke,twitter and segala macam lagi sebab kau ingat kau artis ke nak kecoh-kecoh pasal natang semua ni? heee~

Balik-balik je mesti nak bukak laptop walaupun dalam keadaan penat..Kenapa la aku ni kuat terpedaya dengan hal duniawi ni..eerr..

Dan disebabkan 3 hari tak check email,ada 1510 email merepek yang menepek kat inbox..Da tu semua dari fb,sembang blogger dan entah siapa yang spam-spam email..Rimas I..Jenuh nak delete sekor-sekor.. =p

Entry ni bukan nak cerita pasal email merepek,kepenatan aku mendelete mereka,mahupun soal sawang yang membiak secara berleluasa kat blog aku..Aku nak cerita pasal Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung kat Putrajaya hari tu..Apa aku boleh cakap,program tu sangat gempak dan seharusnya anda yang tak sempat pergi tu berasa menyesal kerana tak menghadirkan diri anda di tapak perhimpunan tersebut.. =)

Terlalu banyak sangat aktiviti sampai aku tak tau nak mulakan dari mana..Aku hadiri program ni under pengakap dan sudah tentu kami perlu bercamping di sana..Mesti angpa pelik kan kat mana pulak kitorang pacak khemah..Lantak pi kami la nak pacak mana janji kami happy haha..Bumi Tuhan luas,kat depan pejabat menteri pun boleh pasang khemah apa..Tuhan tak marah.. =)

Alkisahnya pada hari Khamis malam tu (macam nak cerita kisah Hang Tuah pulak rasanya), kami bertolak dari UIA dan selamat tiba di Putrajaya lebih kurang jam 9.15 malam..Nape lewat bebeno?Mana la aku tau dah ketua kami suruh gerak malam,aku ikut kan aje..

Tapi perkara yang paling malang sekali,besi khemah boleh tertinggal kat dalam bas dan kami hanya menyedarinya bila pakcik bas yang kacak tu hilang bersama-sama basnya..(aku memang angin dengan pakcik bas tu sebab dia marah-marah kata kitorang lambat,menyebabkan dia lama menunggu dan dia ada banyak kerja nak buat)..At last kau tinggalkan kami sebegitu pantas sampai kami tak sempat nak check barang-barang kat dalam bas..


muka aku yang paling sedih sekali kat situ..nak menagih simpati kat siapa pun aku tak tau..

Akibatnya kami terpaksa merewang-rewang sambil menangis (dalam hati) kerana tiada tempat perlindungan di bumi yang asing ni..asing la sangaaatt!


Namun aku masih mampu tersenyum walaupun ianya hanya senyuman tawar..tapi kalau angpa nak tau,masa ni aku baru lepas terjatuh semasa turun bukit kecil kat belakang tapak perkhemahan..Seluar den koyak kat lutut beb..Dah macam rock star dah..Selamat koyak sikit je..Masih menutup aurat lagi =)

Yang pelik,masjid besi yang betul-betul kat sebelah tempat perkhemahan tu tutup dan kami konon-kononnya rasa nak tidur kat situ terpaksa batalkan niat nak tidur sedap pada malamnya..Tapi hajat nak tidur sedap tu tertunai jugak sebab salah sorang dari kami bawak kitorang pergi rumah pakcik dia kat area situ jugak..Thanks Hanan!

Esoknya baru dapat pasang khemah selepas ada kawan dari UIA datang dan bawak besi khemah yang tertinggal kat dalam bas tu..(kenapa aku rasa macam aku tengah tulis karangan darjah 4 yang bertajuk 'Perkhemahan Sewaktu Cuti Persekolahan'..aahh gasak lah)..

Aku rasa malas nak cite banyak sebab terasa macam tengah buat karangan pulak..Otak aku tengah mereng sebab sakit kepala buat assignment finance haha..baik punya alasan..So lets cekidaut bebeh..Kita ikuti cerita bergambar berikut wahaha..


memang terbaik la tempat kitorang pacak khemah..

tapi bila menjelang senja,ada pengakap dari negeri lain pacak khemah depan tapak kitorang..hilang dah pemandangan tasik tu..bahagia cuma seketika haha padan muka..


Walaupun kami 6 kerat je wakil pengakap wanita UIA (ececee..), tapi seronok jugak beb..

-Adila,Asmira,Dayang,Jiha,Budak senget and Hanan (yang capture gambar ni)-


Hari Sabtu 28 May aku join Standard Chartered 5 km Fun Run..Aku lari hanya 2 km dan selebihnya hanya berjalan..kata nak have fun je kan haha..Aku tak bergambar sepanjang aktiviti larian tu..Yela orang sibuk berlari,aku sibuk nak bergambar pehal..Dah la lambat,nak perasan artis pulak.. :')

Jersey yang wa pakai masa larian..

Brader duk lepak tepi jalan : Dik,ni nak pergi berlari ke,nak pergi main bola?

Wa : Dua-dua pun boleh..

Ni je satu aktiviti yang aku join dan selebihnya aku hanya jalan-jalan cari jantan makan..


Kat booth ATM (Angkatan Tentera Malaysia)

Siyes aku tak tahu menahu pasal senapang ni sebab aku jarang sekali tengok cerita askar dan perang-perang plus dulu aku tak pernah masuk plkn pun.. heee~


Tangan pun dah macam tangan jantan bila pegang senapang yang berat ni..


-Apek,Mat Zoro,Adila,Aren cun aaww,Rojak-

Kesian la aku tengok nama kawan-kawan aku ni..meh aku betulkan balik..

-Afiq,unknown(wa tak sempat nak berkenalan dengan lu bro),Adila,Aren,Razak-


Tak salah bersuka-ria sebelum berperang.. =)



Pengakap bukanlah kaki rayau..


Dan pengakap juga bukan kaki jalanan..haha (apa motif?)

Waahh best la buat cerita bergambar ni..Tak payah aku menaip banyak-banyak..Jom jom sambung.. =)



Water Sport Complex kat Precint 6..meriah jugak..

Dan pada malamnya ada konsert yang bagi aku memang gempak la..Seumur hidup aku,aku tak pernah pergi konsert dan bila pergi terus dapat tengok international artist live depan mata..haha..Aku tak berapa layan Super Junior..Jadi,aku tengok-tengok gitu je..Habis 1 lagu aku caww la..Pergi lepak makan burger lagi sodap.. =)


Tak clear sebab gelap..Tak nampak sebab jauh dari stage..Tak menarik gambar ni sebab aku pendek..Ni pun dah puas jengkit maa..

Rasa dah banyak sangat gambar aku upload..Macam tak ada hala tuju pulak entry ni haha..Apa-apa pun,himpunan masa hari belia ni bagi aku 1 benda yang positif jugak la sebab kat situ orang ramai dapat membuka minda dan mempelajari sesuatu daripada apa yang dipamerkan kat situ (contoh orang macam aku yang cetek ilmu)..Dengan aktiviti sukan dan pertandingan yang ada,kita pun dapat uji tahap kemahiran dan kebolehan kita dalam sesuatu bidang tu..Ye dak?

Tapi,dalam pada tu,pada pandangan aku,program ni ada jugak keburukan dia..Pertama,aku rasa terlalu banyak sangat aktiviti hiburan..contohnya konsert..Tak silap aku,ada la dalam 3,4 konsert berlangsung dalam 1 masa pada hari Sabtu tu..Tak kan nak berhibur je,Pak Jib?Sudah la himpunan tu dekat dengan masjid..sangat sangat sangat tak sesuai...

Keduanya,terlalu banyak pembaziran berlaku..Duit perhabis kat aktiviti untuk belia,yang berumur dalam lingkungan 16-40 tahun dan kita tau populasi belia kat Malaysia lebih kurang dalam 15 juta..Kata Pak Jib peruntukan kerajaan untuk program ni kecil sebab selebihnya ditanggung oleh pihak swasta dan penganjur..Betul ke?Tak kan perbelanjaan pengurusan pun pihak penganjur tanggung?Harga barang dah la semua naik..petrol,gula dan taarif elektrik pun naik dah..Kan bagus kalau duit tu bagi peruntukan subsidi kat rakyat yang tak berapa nak kaya macam aku ni..

Ok ok tiba-tiba emosi pulak..Cukup la setakat ni entry panjang berjela pagi-pagi buta ni..Terima kasih sebab sudi baca dan emosi bersama-sama.. hehee~

p/s : gambar kebanyakan ambil dari fb kawan-kawan sebab depa punya camera mantap-mantap dan aku hanya gunakan camera hp cabuk ku..Wa nak save bateri jadi tak banyak ambik gambar sangat..thanks Hanan and Fatah sebab aku cilok dr facebook korang haha =)

p/s2-->aku bagi masa 5 saat,korang kira berapa banyak gambar yang terpapar kat entry kali ni..wahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...