Friday, 26 August 2011

...words that will not be forgotten...

I want to tell you that,
even million girls I see,
it'll not be the same as u..
You are a very2 special until I die..
There's no words to describe how much I love you
& how special you are to me..
U'll not know..
Even an angle come,
You're more special..

*These sentences just came across in my mind.Betul kata orang,masa adalah pengubat segala-galanya..*

--->Pagi-pagi buta ni jugak nak layan jiwang.

Thursday, 25 August 2011

Sabar Di Bulan Ramadhan Adalah Perlu!

Assalamualaikum..

Apa macam puasa kawan-kawan?Banyak letih ka?Lapar bangat?Logik tak nak tanya soalan ni masa hari ke 25 puasa?Apa daaa..Ok,soalan yang sepatutnya ditanya ialah,berapa pasang baju kurung kawan?Kasut dah beli ke belum?Seluar kaler apa?Kameja berapa helai?Boxer raya dah beli?haha apa pekdah tanya semua benda ni.. (^_^)

Pelik aku,asal nak raya je tanya benda ni..Cuba tanya dah bayar zakat ke belum kawan?Berapa hari missed tarawikh?Habis tak 1 Quran Ramadhan kali ni? (eerr..diri sendiri yang terasa..) Arap-arap baik-baik saja hendaknya.Yang duk bertong-tong hisap rokok dalam satu hari tu,bulan ramadhan ni kurang la jadi sekotak je (banyak jugak)..Yang terlebih bela lemak macam aku ni,turun jugak la berat badannya.Tapi aku tak pun.Makin naik ada la.Pokoknya,selain menambah pahala dengan berpuasa dan bertarawikh,ada jugak la kebaikan lain yang kita buat sepanjang bulan ramadhan ni..Alhamdulillah..

Tapi bila disebut-sebut tentang pahala dosa,aku rasa bulan ramadhan ni jugak la aku banyak kutip dosa..Astaghfirulah..Mana tak nya,dalam keadaan lapar dan dahaga ni perasaan nak marah tu selalu datang walaupun ada silap sikit.Pantang orang buat siot sikit kat jalan raya,mula la mulut nak terlepas cakap benda yang tak baik.Kat pasaraya,kalau orang terlanggar bahu sampai jatuh berguling air ribena yang dibeli untuk berbuka nanti,punya la dalam hati 'wak lu..buta ke apa.orang dah la lapar ni'..Ini la dia ujian orang berpuasa.SABAR tu benda utama!

Nak dijadikan cerita,hari ni aku memang panas hati masa tengah beli sesuatu tadi..


lebih kurang macam ni la aku duk berlegar-legar dengan mak aku masa beli barang dapur tadi.pusing-pusing mencari sampai cukup tawaf 7 kali.yang mak aku ni nak nuget salut tempura jugak.yang lain tak boleh ke?haha

Aku sangat pelik bila pekerja dalam pasaraya tu sendiri tak tahu kat mana barang yang kita nak..Logik tak kalau kita tanya boleh dia jawab 'saya tak tahu la amoi,saya tak jaga sini.awak tanya kakak sana la'..Ok,aku pergi kat sister comel tu..3 kali aku tanya benda yang sama,dia asyik jawab 'ha?ha?apa?saya tak tahu la apa awak minta'..lagi tak boleh pakai.Arap muka je comel..Dan yang ketiga..'oh..tak da ke benda tu kat sana?'..kalau aku tau,baik aku je kerja sana gantikan diorang yang makan gaji buta tu.Sabar je la..

Agaknya masing-masing dah tak sabar nak raya.Yang chinese tu pulak mungkin dia lapar sangat mengalahkan orang berpuasa sampai tak boleh nak tolong langsung.Pelik..

Nasib baik hati kembali berbunga-bunga sebab teringat kasut raya yang baru je beli sebelum tu.. (^_^)..Pengajarannya,jangan kerja supermarket time-time nak raya.Nanti kena maki dengan customer macam aku..hehe..

*********************************



Wednesday, 24 August 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...