Thursday 9 June 2011

Bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman..

Assalamualaikum..

Hari selasa pukul 9 malam aku baru balik uia sedangkan aku ada kelas pada hari isnin (maksudnya aku dah skip kelas la heee)..Sampai-sampai je terus mandi dan bergegas ke bilik kawan untuk mintak tunjuk ajar atau dengan kata lain menagih simpati mintak terangkan kat aku tentang assignment yang perlu dibuat..Disebabkan aku miss kelas hari isnin jadi padan muka aku sebab tertinggal 1 chapter kerana 1 kelas lecturer ajar 1 chapter..huhu sedih la..Memang terkial-kial bila kena belajar sendiri lagi-lagi melibatkan pengiraan..kalau fakta tak da hal just baca sendiri je.. :')

Ok ok itu cerita aku miss kelas hari isnin..Masalah paling besar yang aku alami adalah aku sebenarnya ada midsem exam pada hari rabu malam tapi sikit pun aku tak study lagi pada hari sebelumya sebab aku berada di terengganu atas urusan keluarga (alasan malas study sebab sebelum pergi terengganu tu banyak je waktu senggang kat rumah hehe)..oh kenapa aku exam malam?macam pelik kan?mak aku sendiri mempertikaikan benda ni..Boleh pulak aku call mak lepas maghrib cakap "mak,nak pergi exam ni..please pray for me"..mak aku dengan muka pelik dia (agak la kan sebab kat hp mana nampak muka hihi) cakap kat aku "aih,exam?malam-malam pun ada exam ke?pukul berapa pulak habisnya tu?".. ontah la mak..mungkin malam suasana lebih tenang dan romantik dan lecturer pikir student dia lebih bersemangat untuk menjawab..Untung-untung semua dapat skor and result gempak-gempak (tak gempak siap la kau,cakap banyak bona).. (^_^)


Ini baru dinamakan menjawab exam dengan tenang..tak macam orang belakang dia..berpeluh-peluh menjawab..

Disebabkan aku hanya ada masa yang sebegitu singkat,aku cuba memanfaatkannya dengan study sehabis boleh dan berjuang mati-matian untuk menamatkan revision sebelum malam esoknya..Pukul 11 malam tu,aku bertekad di dalam hati..

--> ok ok sekarang pukul 11,exam pukul 8 malam esok,aku ada kurang 20 jam dari sekarang untuk study selepas tolak waktu solat,mandi,makan,termenung dalam toilet (be*ak) and segala bagai lagi..ouh cukup ni<--

hehe pandai la kan nak sedapkan hati yang gundah gulana ni..taapiii....Amat sedih sekali sebab malamnya aku tertidur dengan lenanya siap mimpi Aaron Aziz ajak aku kawen padahal dia dah ada bini tapi berniat nak jadikan aku bini kedua dia..mana la aku nak sebab i tak rela berkongsi youu..Tapi mimpi tu tak penting bagi gua..Soalnya sekarang gua dah men'short'kan waktu gua yang 20 jam tadi menjadi 13 jam sebab tepat pukul 6.45 pagi gua terjaga dan rasa seperti ingin menangis..Rasa sungguh menyesal pegi landing sekejap malam tu..tak sangka boleh terlena walaupun baring kat lantai je..huuhu :(

Seperti kera kena belacan aku berlari sambil melompat-lompat menuju ke toilet,cuci muka,gosok gigi dan bergegas solat subuh sebab dah lambat (perlu ke nak cite?aah suka hati la hehe)..Selepas solat,terus bukak buku and study sikit sementara tunggu kelas pukul 10 pagi..Habis kelas dalam tengah hari,aku terus balik bilik dan sambung study sehingga jam 8 malam..Bayangkan berapa jam je ada untuk aku settle kan semua topik tanpa perlu ada tertinggal sikit pun..oh tidak,sungguh payah nak merealisasikan impian tu..lagi payah dari menjadi gadis semasa sunsilk merealisasikan impian anda..

Tapiii..oh ada tapi yang kedua..

Pernahkah anda merasai situasi di mana anda sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dalam waktu yang singkat namun pada masa tu ada suara-suara ketawa bersuka ria seperti sedang berparty di sebelah compartment anda?Adakah pada masa tu anda rasa nak menempik,menjerit,berjoget atau bangun dari kerusi dan turut join party hebat mereka tanpa menghiraukan pelajaran anda tadi??


Siyes aku rasa nak hangin 1 badan tapi bersabar je sebab kenangkan roomate ni adik-adik lagi,kang nak marah-marah nampak aku ni macam akak yang emo dan tak sporting langsung..Perlu la kan nak berlagak cool depan junior.. :') Ku pekak kan saja telinga dan cuba sedaya upaya untuk focus walau pada hakikatnya memang tak dapat nak focus la kan..

Dan pada malamnya,aku pergi je exam dengan berbekalkan ilmu yang tebal di dada (tipu)..Jawab sehabis boleh namun tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut..Aku tak suka jawab exam bila betul-betul soalan last aku jawab,lepas tu terus habis masa..Tak sempat nak double check..-->Suka tak suka tu masalah kau,sape suruh lembab sangat menjawab..jangan salahkan lecturer buat soalan banyak pastu bagi masa singkat untuk menjawab..heee~

Ok..balik exam terus rasa nak berehat di bilik..nak tidur awal dan harap dapat sambung mimpi Aaron Aziz tu hehe..Tapi aku dihantui perasaan hangin 1 badan balik sebab roomates aku sekali lagi berparty..Kali ni siap angkut kawan..oh tidak..sungguh terganggu tidurku..Pukul 2 pagi masih lagi ketawa riang depa ni..Siyes,aku hampir terlena tapi tiba-tiba terkejut bila diorang ketawa serentak beramai-ramai..Dengan perasaan begitu marah,aku capai hp and taip mesej"Pliz,kak aren nak tidur ni tolong la jangan bising!"..tapi selepas menaip,aku termenung sekejap dan terus tekan cancel hihi..tak jadi hantar..(saya kan kakak yang cool)..Apa yang aku mampu buat,aku capai earphone and sumbatkan kat telinga walaupun tak pasang lagu..Lepas tu aku tutup dengan bantal..Efektif jugak cara tu.. (^_^)

So lepas ni kena banyak tanamkan sifat sabar dalam diri aku ni sebab dapat roomates adik-adik yang ceria macam ni..Suka bergelak ketawa jer depa..Tapi selepas ni tak tau la aku masih mampu bersabar atau tak sebab setahun lagi nak duduk sebilik dengan diorang..

Harap-harap kekal la sifat sabar ni.. :)

********************************************
oh tidak..masa tengah menaip ni pun diorang tengah bersuka ria gelak ketawa..pliz pliz akak kau ni bukan penyabar sangat orangnya..heee~

********************************************
p/s :


kawe tak sokong hok mano pun..tapi kadang-kadang kawe raso nak sokong ganu..cuma masalah sekarang,apa yang kawe sokong,mesti akan kalah..contoh dulu kawe sokong MU tapi MU kalah haha..
(amboi buruk bunyi cek cakap kelantan ni..-->wat masa la ni cek memang tak pandai langsung loghat kelantan..aik aik dah tukaq kedah pulak?)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...