Friday 5 August 2011

Masih tak terlambat nak wish Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Sudah lebih sebulan aku tak update blog semenjak habis short semester hari tu.Nak kata kerja,elok je duduk berehat di rumah.Nak kata tak ada sumber untuk online,elok je hari-hari muka menghadap lappy sambil layan youtube.Nak kata busy mengemas rumah,tipu sangat la.Belum nak raya lagi.Pendek dan panjang kata,aku ni pemalas dari segala benda.

Sepanjang cuti,selain tidur,tengok movie,merayau rumah jiran menggalah rambutan dan macam-macam lagi,aku ada jugak menghabiskan masa depan pc sambil blogwalking dan baca entry menarik rakan blogger lain.Macam-macam perkara berlaku sepanjang bulan Julai yang diorang sibuk utarakan.Ada yang komen hentam-menghentam pasal perhimpunan bersih.Tak lupa jugak orang nak update issue bola.Dan sudah semestinya,ada jugak yang tak kan ketinggalan bergosip dengan melepaskan perasaan menyampah masing-masing terhadap Memey Suhaiza and Norman Hakim yang sibuk nak khawin sponsor berjuta-juta sedangkan lebih baik mereka buat kenduri doa selamat atas pelepasan diorang dari kes khalwat tahun dulu..Macam-macam cerita aku baca dari blogger-blogger prihatin ni.Kira aku ni up to date jugak la kan..Tak update blog bukan bermaksud aku sembunyi di bawah tempurung katak.Lagi pun.pekejadah aku nak duduk bawah tempurung yang sempit tu..haha..

Alhamdulillah sekarang kita semua masih lagi diberi peluang nak tempuhi bulan Ramadhan tahun ni.Tahu tak tahun berapa hijriah?Ni ada je yang lupa tahun Islam kan?Tahun kafir bukan main ingat.Siap tiap tahun nak buat konsert countdown.Eh eh teremosi pulak bulan puasa ni.Sekarang tahun 1432H.Syukur masih dipanjangkan usia.Aku suka puasa tahun ni sebab cukup sebulan bersahur and berbuka di rumah.Kalau tahun-tahun sebelum ni,puasa di hostel.Masakan mak hanya dapat rasa seminggu sekali je.Itu pun kalau rajin balik rumah.

Macam mana dengan tarawih?Sangat best ok!Hari-hari pun semangat nak pergi masjid.Sebab rumah aku ni kawasan perkampungan.Dah tentu orang yang pergi ke masjid tu kebanyakannya orang-orang tua (ke orang tua-tua??).Hanya buat 8 rakaat dan imam pun laju.Boleh ke nak kata happy macam ni?Eh mestilah.Kalau lama-lama sangat,aku pun dah tak khusyuk dan asyik pikir nak sambung makan lagi kat rumah.Haha buruk perangai.Ini kenyataan maaa..

Anyways,time bulan-bulan puasa ni la senang nak dapat pahala..Jom la rebut-rebut kutip pahala.Syaitan pun dah diikat.Tapi jangan kita pulak ganti si syaitan ni.Berhati-hati lah masa nak raya ni dan jangan amalkan pembaziran masa shopping kuih,baju,kasut,make up and segala benda.Ni pesanan untuk diri sendiri jugak.. :')



Niat untuk sebulan lagi selamat.Mana tau takut terlupa baca satu malam tu.. (^_^)

3 comments:

  1. Puasa ke-29 pun masih boleh wish.. hehehe...

    Errr... jap... kalau puasa sebulan.. pastu ada sehari tak boleh puasa.. macamana tu?

    ReplyDelete
  2. khuzrin,nanti kena ganti la puasa tu.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...