Thursday 5 May 2011

Tips Mengawal Hutang

Assalamualaikum..

Kita hidup kat dunia ni tak pernah lari dari berhutang ye tak?Yela,segala benda yang kita nak buat atau capai,semuanya perlukan modal yang besar..Daripada rumah,kereta,pendidikan,berniaga dan macam-macam lagi,semua tu perlukan modal sampai berpuluh dan beratusan ribu..Bila dah tak ada modal,yang tak berkemampuan ni apa lagi,meminjamla..Manusia yang berkemampuan berapa kerat je la..Diorang ni pun nama je mampu buat pembayaran atau berbelanja secara tunai tapi ada antara mereka kadang-kadang nak jugak berhutang sebab menganggap kalau bayar cash ni macam satu tindakan tak bijak..'Aiihh RUGI la bayar cash'..Tu dah biasa kita dengar kan..So,nak kira mampu atau tak mampu,orang tetap jugak nak berhutang..

Implikasi hutang ni sangat la bahaya..Orang kalau tak halalkan,Allah pun tak akan ampunkan kita..Nauzubillah..

" Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)


Rileks,kak..tarik-tarik rambut tu bukan boleh melunaskan hutang anda..

Ada cara nak elak asyik berhutang..Benda pertama,kita kena tahu bahana yang kita dapat bila asyik meminjam..Nak-nak kalau pinjam kat along,angah,alang dan seangkatan dengannya..Orang yang bagi pinjam ni,kalau nak jugak duit tu,macam-macam cara diorang boleh buat..Ugut-ugut tu dah jadi perkara biasa..Bila kita nampak kereta kita kena simbah cat merah je,dah mula ketar lutut kan..Nak lari pun,sampai ke mana je dapat..Hidup tak kan tenteram..

Keduanya,had kan kehendak kita..Kehendak ni tak berbatas.Memang tak terbendung..Tapi keperluan kita limited..Kalau nak ikut nafsu naga kita ni,semua benda kita nak..Pantang Samsung keluarkan model hp baru,kita pun cepat-cepat menanam niat di dada bahawa 'aku akan miliki telefon tu sebelum orang lain memilikinya'..Amboi kau,tak menyempat betul..Bila duit tak cukup,demi nak bergelar pengguna pertama hp Samsung yang baru tu,daya kau pergi meminjam kat makngah,anak makngah atau pun jiran makngah.. So,kalau kita berbelanja ikut keperluan je,mesti cukup dengan pendapatan kita..Kalau orang yang susah dan tak cukup pendapatan untuk beli keperluan,diorang memang akan terpaksa berhutang,tapi hutang tak kan banyak disebabkan keperluan kita yang limited tu..Kalaulah contohnya kita masih nak jugak beli hp yang beribu riban harganya tu,try la kumpul duit gaji kita bulan-bulan..Ala,biarlah orang lain dah beli..Bukannya Samsung cipta hp tu untuk dia sorang..Anggap je kau takkan jumpa makhluk lain yang beli hp tu..Langkah ni sebenarnya lebih bijak dari kau meminjam tak tentu hala..

Ketiganya,kalau nak meminjam,kena la meminjam secara berhemat..Ni kiranya nak meringankan bebanan hutang kita la..Yela,nak lari dari berhutang zaman sekarang ni memang payah..Nak beli rumah,kereta..memang tak dapat nak cash la..Melainkan kau memang kaya raya sejak azali lagi..Sebelum nak buat pinjaman,kena tengok tahap kemampuan nak bayar ikut pendapatan kita..Contohnya nak beli kereta,pastikan kita kira-kira dulu perbelanjaan minyak,pembaikan dan macam-macam lagi sebelum decide nak beli kereta yang memerlukan bayaran ansuran bulanan berapa..Kalau duk sedap je buat keputusan nak beli Honda Civic Hybrid,lepas tu bangga pulak bank luluskan loan,tapi bila rosak atau eksiden kena repair,dah sakit nak bayar ribu riban lagi..Semua tu kena fikir..Kos tambahan macam ni kena ambik kira dulu sebelum buat keputusan nak beli kereta mahal-mahal..Pastikan pendapatan cukup nak menampung hutang bulanan dan kos tambahan..

Satu lagi pasal bil..Jangan buat-buat nak tangguh bayar bil..Cuba kira berapa bil kita kena bayar dalam sebulan..Air,electricity,telefon,hp dan sebagainya.. Satu bil je dah beratus-ratus..Kali kan dengan 4 bil..Kalau kita bertangguh sebulan pun dah sakit..Ni kan kalau berbulan-bulan..Sudah la kena bayar yang tertunggak,lepas tu kena tambah lagi caj penalti..Bahaya,bukan?

Kawal perbelanjaan dan buat belanjawan,terutama yang sudah berkeluarga..Untuk makcik-makcik yang selalu beli barang dapur,toiletries dan semua kelengkapan rumah kat pasaraya,pastikan sebelum pergi tu list kan barang yang nak dibeli siap-siap..Oh,ini macam tips berjimat cermat je..Tak pe,masih boleh pakai..heee..Masa kat rumah kita bolah nampak barang apa yang betul-betul perlu sangat..Jangan dah sampai supermarket baru nak list kan..Daripada makcik hanya memerlukan biskut kering Hap Seng,bila nampak biskut aneka dalam tin,tiba-tiba makcik rasa nak senaraikan biskut tu dalam list..Kan bahaya tu..lari bajet makcik..tak dapek nak koja nanti..hikhik.. Lepas tu bila nak bayar,duit pulak tak cukup,mula la call suami yang tengah tunggu dalam kereta 'abang,tak cukup ni..meh hantar sini lagi RM100'..Berbelanja macam ni tak berhemat..Bila dah hujung-hujung bulan start la sakit nak pakai duit..Apa lagi,meminjam la..

Yang ni paling penting,elakkan penggunaan kad kredit secara berleluasa,sesedap rasa dan sewenang-wenangnya..Penggunaan kad kredit ni bahaya sebenarnya..Kad kerdit la punca terbesar orang berleret-leret dengan hutang sampai naik gila fikir untuk melangsaikannya.. Anggapla kad kredit ni penyelamat ketika kita dalam keadaan terdesak atau kecemasan..Sekali kita dah belanja guna kad kredit,mesti nak guna lagi..Nikmat sangat kau rasa kan..Bila dah guna,jangan lambat bayar dan bertangguh-tangguh..sebab kadar faedah baki hutang kita tu bolah jadi lagi banyak dari pinjaman..Jangan terkejut bila tiba-tiba tengok hutang kau banyak macam kau beli set home theater sedangkan kau hanya beli set pinggan mangkuk hari raya je hari tu..Ni contoh..So,jadikan kad kredit ni langkah terakhir untuk membuat pembayaran..Bayar secara tunai dan penggunaan debit card adalah lebih baik..Tak gitu?

Dan akhir sekali,kena belajar la membuat simpanan..Masa kecik-kecik pandai pulak kumpul duit belanja sekolah sebab petang-petang nak pergi main tikam dengan kawan-kawan (kecik-kecik dah pandai berjudi)..Teruskan la amalan tu bila dah besar ni..Bukan amalan berjudi,tapi amalan menyimpan tu..Duit simpanan ni penting..Tiap kali gaji,jangan la keluarkan duit habis terus..Kan nikmat bila bulan depannya time gaji lagi tengok duit kat bank makin meningkat..Cuba anda buat selama beberapa tahun,lepas tu check balance..'Waauu,aku kaya'..Best kan?Masa tu beli la apa yang anda hajatkan sangat sejak anda remaja tanpa nak kena berhutang bagai..


Jangan jadi mata duitan sudah la (eerr macam tak ada kaitan)..

Amalkan hidup yang kurang berhutang..Hati pun senang..Tak ada nak pening-pening fikir pasal hutang tiap-tiap bulan..Ha,tertinggal 1 lagi point..Kalau nak kahwin,elakkan jugak membuat pinjaman peribadi..Cukup la sekadar kereta dan rumah saja memerlukan pinjaman..Kumpul la duit dari start bekerja sampai nak menikah dengan awek atau bf hang..Sebab tu la jangan berangan sangat nak kahwin ala-ala inggeris la,kawen kat atas kapal la..Cukup sekadar yang termampu..Kalau kita mampu,tak apa..Betul tak?


Gambar hiasan

p/s : Memberi orang pinjaman adalah besar pahalanya dari bersedekah sebab kita membantu orang dalam kesusahan..Apatah lagi menghalalkannya sekira penghutang tak mampu untuk membayar..Dah tu,orang yang berhutang jangan pandai-pandai ambik kesempatan cakap kat pemiutang 'halalkan la hutang aku..besar ganjarannya'..siap complete kau bagi hadis nak membuktikan ianya betul-betul mulia di sisi Allah..Songsang gitu,tahu?

p/s2 : Mengelak daripada membayar hutang atau membuat pinjaman dengan niat tak mahu membayar semula akan menyebabkan orang tu sengsara seumur hidup dan kehidupan akan menjadi sempit..

DOA


Ya Allah ya Tuhan kami,sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan duka cita,aku berlindung kepadaMu daripada lemah kemahuan dan malas,aku berlindung kepadaMu daripada sifat penakut dan kedekut,aku berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...