Thursday 2 June 2011

Himpunan Sejuta Belia Putrajaya Memang Gempak!

Assalamualaikum..

Waahh lama gilaakk tak update..Tengok tu dah banyak sangat sawang..Ishh isshhkk kena sapu-sapu pulak dulu sawang ni..da macam rumah tikus..(melalut la kau makcik!)

Sebenarnya aku baru saja menyertai Program Pengakap Jambori 1 Belia kat Putrajaya dari 26 hb (Khamis) hingga 29 hb (Ahad)..So agak lama tak dapat online dan masa program tu tak terpikir langsung pasal fb ke,blog ke,twitter and segala macam lagi sebab kau ingat kau artis ke nak kecoh-kecoh pasal natang semua ni? heee~

Balik-balik je mesti nak bukak laptop walaupun dalam keadaan penat..Kenapa la aku ni kuat terpedaya dengan hal duniawi ni..eerr..

Dan disebabkan 3 hari tak check email,ada 1510 email merepek yang menepek kat inbox..Da tu semua dari fb,sembang blogger dan entah siapa yang spam-spam email..Rimas I..Jenuh nak delete sekor-sekor.. =p

Entry ni bukan nak cerita pasal email merepek,kepenatan aku mendelete mereka,mahupun soal sawang yang membiak secara berleluasa kat blog aku..Aku nak cerita pasal Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung kat Putrajaya hari tu..Apa aku boleh cakap,program tu sangat gempak dan seharusnya anda yang tak sempat pergi tu berasa menyesal kerana tak menghadirkan diri anda di tapak perhimpunan tersebut.. =)

Terlalu banyak sangat aktiviti sampai aku tak tau nak mulakan dari mana..Aku hadiri program ni under pengakap dan sudah tentu kami perlu bercamping di sana..Mesti angpa pelik kan kat mana pulak kitorang pacak khemah..Lantak pi kami la nak pacak mana janji kami happy haha..Bumi Tuhan luas,kat depan pejabat menteri pun boleh pasang khemah apa..Tuhan tak marah.. =)

Alkisahnya pada hari Khamis malam tu (macam nak cerita kisah Hang Tuah pulak rasanya), kami bertolak dari UIA dan selamat tiba di Putrajaya lebih kurang jam 9.15 malam..Nape lewat bebeno?Mana la aku tau dah ketua kami suruh gerak malam,aku ikut kan aje..

Tapi perkara yang paling malang sekali,besi khemah boleh tertinggal kat dalam bas dan kami hanya menyedarinya bila pakcik bas yang kacak tu hilang bersama-sama basnya..(aku memang angin dengan pakcik bas tu sebab dia marah-marah kata kitorang lambat,menyebabkan dia lama menunggu dan dia ada banyak kerja nak buat)..At last kau tinggalkan kami sebegitu pantas sampai kami tak sempat nak check barang-barang kat dalam bas..


muka aku yang paling sedih sekali kat situ..nak menagih simpati kat siapa pun aku tak tau..

Akibatnya kami terpaksa merewang-rewang sambil menangis (dalam hati) kerana tiada tempat perlindungan di bumi yang asing ni..asing la sangaaatt!


Namun aku masih mampu tersenyum walaupun ianya hanya senyuman tawar..tapi kalau angpa nak tau,masa ni aku baru lepas terjatuh semasa turun bukit kecil kat belakang tapak perkhemahan..Seluar den koyak kat lutut beb..Dah macam rock star dah..Selamat koyak sikit je..Masih menutup aurat lagi =)

Yang pelik,masjid besi yang betul-betul kat sebelah tempat perkhemahan tu tutup dan kami konon-kononnya rasa nak tidur kat situ terpaksa batalkan niat nak tidur sedap pada malamnya..Tapi hajat nak tidur sedap tu tertunai jugak sebab salah sorang dari kami bawak kitorang pergi rumah pakcik dia kat area situ jugak..Thanks Hanan!

Esoknya baru dapat pasang khemah selepas ada kawan dari UIA datang dan bawak besi khemah yang tertinggal kat dalam bas tu..(kenapa aku rasa macam aku tengah tulis karangan darjah 4 yang bertajuk 'Perkhemahan Sewaktu Cuti Persekolahan'..aahh gasak lah)..

Aku rasa malas nak cite banyak sebab terasa macam tengah buat karangan pulak..Otak aku tengah mereng sebab sakit kepala buat assignment finance haha..baik punya alasan..So lets cekidaut bebeh..Kita ikuti cerita bergambar berikut wahaha..


memang terbaik la tempat kitorang pacak khemah..

tapi bila menjelang senja,ada pengakap dari negeri lain pacak khemah depan tapak kitorang..hilang dah pemandangan tasik tu..bahagia cuma seketika haha padan muka..


Walaupun kami 6 kerat je wakil pengakap wanita UIA (ececee..), tapi seronok jugak beb..

-Adila,Asmira,Dayang,Jiha,Budak senget and Hanan (yang capture gambar ni)-


Hari Sabtu 28 May aku join Standard Chartered 5 km Fun Run..Aku lari hanya 2 km dan selebihnya hanya berjalan..kata nak have fun je kan haha..Aku tak bergambar sepanjang aktiviti larian tu..Yela orang sibuk berlari,aku sibuk nak bergambar pehal..Dah la lambat,nak perasan artis pulak.. :')

Jersey yang wa pakai masa larian..

Brader duk lepak tepi jalan : Dik,ni nak pergi berlari ke,nak pergi main bola?

Wa : Dua-dua pun boleh..

Ni je satu aktiviti yang aku join dan selebihnya aku hanya jalan-jalan cari jantan makan..


Kat booth ATM (Angkatan Tentera Malaysia)

Siyes aku tak tahu menahu pasal senapang ni sebab aku jarang sekali tengok cerita askar dan perang-perang plus dulu aku tak pernah masuk plkn pun.. heee~


Tangan pun dah macam tangan jantan bila pegang senapang yang berat ni..


-Apek,Mat Zoro,Adila,Aren cun aaww,Rojak-

Kesian la aku tengok nama kawan-kawan aku ni..meh aku betulkan balik..

-Afiq,unknown(wa tak sempat nak berkenalan dengan lu bro),Adila,Aren,Razak-


Tak salah bersuka-ria sebelum berperang.. =)



Pengakap bukanlah kaki rayau..


Dan pengakap juga bukan kaki jalanan..haha (apa motif?)

Waahh best la buat cerita bergambar ni..Tak payah aku menaip banyak-banyak..Jom jom sambung.. =)



Water Sport Complex kat Precint 6..meriah jugak..

Dan pada malamnya ada konsert yang bagi aku memang gempak la..Seumur hidup aku,aku tak pernah pergi konsert dan bila pergi terus dapat tengok international artist live depan mata..haha..Aku tak berapa layan Super Junior..Jadi,aku tengok-tengok gitu je..Habis 1 lagu aku caww la..Pergi lepak makan burger lagi sodap.. =)


Tak clear sebab gelap..Tak nampak sebab jauh dari stage..Tak menarik gambar ni sebab aku pendek..Ni pun dah puas jengkit maa..

Rasa dah banyak sangat gambar aku upload..Macam tak ada hala tuju pulak entry ni haha..Apa-apa pun,himpunan masa hari belia ni bagi aku 1 benda yang positif jugak la sebab kat situ orang ramai dapat membuka minda dan mempelajari sesuatu daripada apa yang dipamerkan kat situ (contoh orang macam aku yang cetek ilmu)..Dengan aktiviti sukan dan pertandingan yang ada,kita pun dapat uji tahap kemahiran dan kebolehan kita dalam sesuatu bidang tu..Ye dak?

Tapi,dalam pada tu,pada pandangan aku,program ni ada jugak keburukan dia..Pertama,aku rasa terlalu banyak sangat aktiviti hiburan..contohnya konsert..Tak silap aku,ada la dalam 3,4 konsert berlangsung dalam 1 masa pada hari Sabtu tu..Tak kan nak berhibur je,Pak Jib?Sudah la himpunan tu dekat dengan masjid..sangat sangat sangat tak sesuai...

Keduanya,terlalu banyak pembaziran berlaku..Duit perhabis kat aktiviti untuk belia,yang berumur dalam lingkungan 16-40 tahun dan kita tau populasi belia kat Malaysia lebih kurang dalam 15 juta..Kata Pak Jib peruntukan kerajaan untuk program ni kecil sebab selebihnya ditanggung oleh pihak swasta dan penganjur..Betul ke?Tak kan perbelanjaan pengurusan pun pihak penganjur tanggung?Harga barang dah la semua naik..petrol,gula dan taarif elektrik pun naik dah..Kan bagus kalau duit tu bagi peruntukan subsidi kat rakyat yang tak berapa nak kaya macam aku ni..

Ok ok tiba-tiba emosi pulak..Cukup la setakat ni entry panjang berjela pagi-pagi buta ni..Terima kasih sebab sudi baca dan emosi bersama-sama.. hehee~

p/s : gambar kebanyakan ambil dari fb kawan-kawan sebab depa punya camera mantap-mantap dan aku hanya gunakan camera hp cabuk ku..Wa nak save bateri jadi tak banyak ambik gambar sangat..thanks Hanan and Fatah sebab aku cilok dr facebook korang haha =)

p/s2-->aku bagi masa 5 saat,korang kira berapa banyak gambar yang terpapar kat entry kali ni..wahaha


2 comments:

  1. wahhhh jambori pengangkap ada 2000 orang kan..
    ingat tak ari sabtu berkumpul kat tempat sukarelawan.. sya ada bertugas disitu...

    ReplyDelete
  2. Abgferoz,oh yeke?tak perasan la..ada nampak saya tak? hehe..kami pengakap UIA ada jugak jadi urus setia hari sabtu & ahad..kenal En Raja Zaharman?dia DC kami.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...