Wednesday 29 June 2011

Sifat MALAS akan memusnahkan masa depan!

Assalamualaikum..

--> walaweeh..ketaq lutut cek tengok tajuk entry!

Apa rutin aku di hostel setelah habis kelas harian seperti biasa?Memandangkan hari exam jatuh pada hari Sabtu (2 Julai) dan kelas sudah tamat pada hari Isnin (27 Jun),maka aku merasakan baki-baki hari yang ada terlalu lama menyebabkan aku boring sangat menunggu hari peperiksaan tersebut.. (gila kau 5 hari tu kau kata lama..macam la cukup sangat nak habis study dalam tempoh tu)

Celik mata dari tidur,terus bukak lappy..mandi pun tak lagi..Oh memang buruk perangai tapi siapa je yang nampak..haha..Benda pertama nak bukak mesti facebook..Asyik-asyik facebook..Tengok noti,approve atau ignore friend request,baca mesej kalau ada dan semakkan wall kawan..Itu je la yang aku duk buat bila bukak facebook..Memang takda pekdah lah oii..

Sesudah tu,terjah blog pulak..Bukan update entry,tapi tekan link news kat side bar..Baca paper!Paper yang wajib dibaca adalah The Star and Metro..Yang lain kadang-kadang bukak sebab tak larat baca semua nanti mata juling tenung skrin lama-lama.. :')

Tak cukup dengan itu,untuk mengisi masa lapang lagi,aku turut memasuki laman web yang digemari remaja kini..(dewasa pun boleh juga hehe)..Apa lagi,baca gosip la haha.Terjah Beautifulnara dan Ohartis..ish ish apa nak jadi aku ni?Eh,mesti sentiasa up to date ok..We should always keeping up with what is going on out there bebeh untuk memastikan diri tidak ketinggalan zaman..Nanti aku terlepas cerita terbaru contohnya Siti Nurhaliza mengandung 2 bulan atau Fasha Sandha berbikini lagi kang macam mana?Contoh la..

Dah habis baca gosip,sambung lagi berhibur.Layan youtube pulak..Ulang-ulang tengok video Matluthfi.Tak cukup dengan tu,bukak SNSD sambil ikut diorang menari..Kadang-kadang layan lagu tema Imam Muda pasal aku suka gila lagu tu walaupun aku tak suka Mawi..haha suka suki kau je tak mau suka Mawi..

Ok,bila dah berjam-jam buat benda takda pekdah ni,dan lepas tu dah buntu sangat tak tau nak buat apa,baru la start bukak buku..(boleh ke macam tu?)

Bila nak berjaya woi kalau kau berterusan berperangai macam ni?!


Padahal berderet je soalan sem-sem lepas yang tak bersentuh lagi..Photostat je lebih..


Kalkulator nak sampai 2 biji tapi study malas..apa nak jadi?


Siap ada bekalan minuman tatkala kelaparan..Minum neslo panas (bancuh separuh milo fuze & separuh nescafe mild dalam 1 glass,maka jadi la neslo buatan sendiri)

Wake up,bro! Dahulukan pelajaran.Exam subjek tu hanya sekali (kalau tak repeat la)..Hiburan dah berkali-kali kan? Apa salahnya kau tangguh dulu layan SNSD tu.. Nanti menyesal kemudian tiada gunanya,bro.. (bahasakan diri Bro baru cara beb)..

Ok Bye,nak pergi study.

******************************************************

Update : Jangan lupa tonton Remaja hari Jumaat ni jam 6.30 petang di tv9 sebab ada penampilan eksklusif Matluthfi & Maria Elena,berbicara tentang dunia Vlogging.. Tak tau dapat tengok ke tak sebab aku exam keesokannya dan tambahan pula payah bagiku mencari sumber untuk menonton (tv la).. :'( (gwa jatuh cinta kat mamat ni kot lepas tengok video sempoi dia especially 1 video ni yang dia dedicate khas untuk ibu dia..so sweeeett..heee)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...