Sunday 22 May 2011

Aku tension bila aku cemburu..Kau? (^_^)

Assalamualaikum..

Lama dah aku tak update blog..Pertama sebab aku malas..Kedua adalah malas..Ketiga juga malas..Keempat baru la sebab aku tak ada idea..Lihat,ada 4 sebab kenapa blog ini bersawang..Bukan salah aku..Semuanya tidak diduga..

Aku terlalu asyik duduk berehat di rumah,menonton tv,makan tanpa henti,mengadap pc..sehingga aku terlupa yang sebenarnya aku ni sedang menduduki semester pendek dimana aku hanya ada 7 minggu sahaja untuk cover semua chapter subjek yang diambil..Bila dah dekat weekend baru nak bukak buku..Sangat keji perbuatan ini..


Aarrgghh..menyesalnya jadi orang yang malas!

Cakap soal pelajaran,baru-baru ni keputusan matrikulasi telah diumumkan..Orang selalu kecoh-kecoh bila SPM,PMR & seangkatan dengannya diumumkan.. Matrikulasi ini sungguh jarang..Sebab apa eh?Cer cite kat aku sikit.. (^_^)

Apa-apa pun aku nak ucap tahniah kepada sepupu aku yang paling aku rapat sebab dapat 4 flat untuk exam finalnya di matrikulasi hari tu..(oh,sepupu rapat ye?apa kes kawan dengan budak kecik yang baru abis matriks) haha..Kepada Faizal,sungguh bijak ye kau?Kau ingat aku heran..Aku pun penah dapat 4 flat tau..Tapi dalam mimpi..Kau ada?Eh..Eh bunyi macam cemburu jer?

Dah biasa kan kita dengar kes-kes cemburu di kalangan saudara mara,adik beradik dan rakan sebaya yang masing-masing sedang belajar..Bila result keluar,mulalah nak compare kan antara satu sama lain..Tak pun,menipu kawan tu kata kau dapat 3.8 sedang kan kau dapat 2.8..Adoi,takut bebeno kawan tu mengata hang..

Contoh 1

Kawan 1: Beb,kau dapat berapa?
Kawan 2: Aku tak check lagi la,kawan.Rumah aku tak ada internet.Nak pergi cc jauh pulak.Sekarang hujan lebat gila pulak tu.Memang tak dapat pergi.Mungkin esok kot aku check.

---> Biasanya berlaku bila kawan 1 lagi pandai dari kawan 2..Mungkin dia nak rahsia-rahsia la tu..segan..Siapa yang tak nak tau result secepat mungkin kan..
-cemburu sebab kawan lagi pandai dari kita-

Contoh 2

Kawan 1: Weh,aku dapat A-..Kau dapat berapa?
Kawan 2: Aku dapat B je..Tula,aku dah agak,mesti target tak sampai.Lecturer tu la,strict tak tentu pasal..Kalau aku ambik sama lecturer dengan kau mesti dah dapat A..

---> Bila dapat B,salah kan lecturer..Kalau dapat A,ayat tu lain pulak..*aku dapat A..selamat la kan..sebab lecturer tu payah nak bagi A kat student dia* amboi,bukan main ayat belagak..
-cemburu bila kawan dapat keputusan lagi baik untuk subjek yang sama-

Contoh 3

Kawan 1: Macam mana result kau hari tu?
Kawan 2: Pointer ok..Tapi aku fail la 1 subjek ni..Yela,aku kan lemah subjek membaca ni..Lain la kau..Baca sekali dah terus ingat..

--->Walaupun itu satu kelemahan,tapi nak relate kan dengan kawan pulak..
-rasa cemburu campur malu pada kawan bila ada fail-

***********************************************

Tiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..Cemburu ni dah biasa sangat dalam kalangan kawan-kawan sebaya ni lebih-lebih lagi bab pelajaran.. Aku mengaku,aku sememangnya cemburu bila kawan lagi pandai dari aku..Bukan setakat kawan je,orang yang aku tak kenal tapi aku tau dia belajar oversea pun aku dah cemburu..Normal la tu kan..Bab pelajaran ni dianggap saingan yang paling sengit dalam kehidupan..Bila seseorang tu belajar tak tinggi,dan dia berjumpa dengan orang yang belajar tinggi,mesti ada rasa segan dan malu dengan orang tu..Rasa rendah diri yang teramat..

Tak mengapa kalau rasa cemburu..Sebab cemburu ni buatkan kita akan rasa nak jadi lebih dari orang tu..Lepas tu akan timbul persaingan-->Iaitu persaingan yang sihat..


Persaingan yang sihat ye..Jangan persaingan yang ada unsur-unsur dengki dan penganaiyaan.. Bila dah tiba hari exam,pagi tu kau pergi taruk julap dalam minuman dia biar dia tercirit masa exam..Kejam tahu?


Kan seronok bila sama-sama berjaya.. :')



7 comments:

  1. cemburu pasal exam zaman U ni memang kat mana-mana pun jadi. aku kadang tengok member serumah stadi macam takde stop pun aku rasa nak penyepak dia. tapi tu semua bagus apa. motivational jealousy. heh. nice post

    ReplyDelete
  2. ouh..wrq upenyer..tula,tgk kwn serumah stadi,mmg rasa nak penyepak..tapi tak sepak2 pun.alih2 pegi bukak buku laju2 sebab nak lumba dia..haha..ni kau blajar oversea pun aku cemburu ni.hikhik

    ReplyDelete
  3. yeah ! true ! semua orang tak sama. ada kelebihan masing-masing. ada kekurangan masing2 kan ? tipu lah kalau kita tak jles bila kita stdy hard tp result lagi sikit dr kawan2 yang lain kan ? :D

    ReplyDelete
  4. cemburu... humm... aku serius tak de perasaan cemburu masa belajar... result ko lagi bagus, alhamdulillah... tatau nape tadak perasaan.... selalu bersaing dengan pointer sendiri je.. maksudnya, kalau sem lepas dapat 3.00, sem depan mesti dapat lagi baik dari tu.. huhu

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi!!!!!
    sihat tak hari ni???
    lulu datang sini up-trafik *wink

    ReplyDelete
  6. saya sokong dgn cik alin..saya selalu cemburu dengan sahabat baik saya sebab dia memiliki pakej yang lengkap.Pandai,dan cantik.Cemburu saya ni kadang2 buatkan saya nak jauhkan diri drpd die.Terasa segan dan malu :((

    ReplyDelete
  7. memang la babe.. setiap orang ada kelemahan masing-masing.....nana pun macam tu dulu :P
    btw, salam kenal dari nana..)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...