Tuesday 17 May 2011

Mereka 'naik minyak' menaikkan harga minyak

Assalamualaikum..

*PETIKAN DARI MSTAR ONLINE*

Rakyat Perlu Bersedia Hadapi Kenaikan Harga Petrol RON95

PUTRAJAYA: Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik. "Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. -BERNAMA



********************************************

Menaiki kenderaan sendiri memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk kos minyak..

Penggunaan kenderaan awam kelihatan lebih jimat namun sesak dan lambat..

Hendak berbasikal memang tak logik,apatah lagi menaiki beca..

Lebih baik menunggang kuda kerana jimat dan cepat..

(macam pantun 4 kerat)





4 comments:

  1. kalau dekat2 tu naik je basikal..boleh xercise n terpelihara alam sekitar...hehe

    Lengkap Melengkapi

    ReplyDelete
  2. dah tentu la amni kena naik kereta.. before this guna ron9.. dah naik gilerrr.... terus tukar 95... ni pon naik jugak.. adoii.... terpaksa la kurangkan bersiar-siar dengan kereta... huhu

    ReplyDelete
  3. hi,nice blog la:)
    i'm new in blogger...
    be a my follower k...
    keep in touch ;p

    ReplyDelete
  4. cik ara,
    nak wat camne kan.minyak x kan turun. hadap je la.kalu nak g dekat2 leh bwk beskal...hehee...sabo je la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...