Saturday 16 April 2011

Assalamualaikum..

          Aku tau skarang aku duk bercakap sorg2 sbb tak ada sape lg yg baca belog aku..siaannn~Tak apa..cakap je la sorang2 kan,apa ada hal.. Aku baru habis exam dan da balik ke rumah mak ayah yg tercinta...yeayy..Tak mau fikirkan sangat exam tu.. Macam2 yang aku lalui sepanjang sem 4 kat Uia.. Rasa macam nak kongsi..jom2.. :)

Kurang bersemangat
Kenapa eh? makin tua makin malas (take note ye:TUA)..macam mana ni? Belajar malas,berjalan pergi kelas pun malas2 tapi x penah skip lagi,cuma hati je berat nak melangkah ish2 baru aku tau aku semalas tu..yang paling dasyat,balik kelas nak pergi mandi pun malas.kene pujuk diri pulak dulu..teruknya aku..cuma makan & tido je rajin gilakk.Padahal awal sem aku sungguh bersemangat plan apa aku nak buat sepanjang sem.Siap plan nak pergi library berapa kali seminggu,set masa belajar berapa jam untuk satu subjek dalam sehari..Aku pergi jugak library tapi kejap je si saitan yang kejam telah hasut aku.Baca sikit dah tutup buku lepas tu keluar carik cafe berdekatan dan makan macam orang tak dapat makanan seminggu..

Tak tenang atau dengan kata lain masalah jiwa
Ceh.aku sakit jiwa ke apa?Aku alami macam2 masalah..Banyak menangis dan memaki hamun..Tu yang hidup tak tenang..ish2..Masalah kawan2-ada yang tak puas hati dengan aku..Mesti semua fikir aku jahat kan sebab orang tak suka kat aku..masalahnya yang dia tak puas hati tu lain macam sikit..contoh,dia marah aku belakang2 bila aku ada handbag baru walaupun aku kata aku tak ada duit..siap sebut dia tau harga handbag tu.Dah mak aku belanja tak kan aku nak tolak semata2 nak menjaga hati kau yang gundah gulana itu kan..dia jugak pertikaikan kenapa aku selalu jalan sorang2 & macam tak ada orang nak kawan dengan aku sebab aku sombong..Aih takkan aku nak pergi kelas kena ajak satu kampung..Senang cerita die mengumpat aku belakang2 atas perkara yang tak masuk akal.Kelakar kan?Panjang sangat ceritanya.tak best la kan nak cakap benda tak baik ni yang penting aku semakin rapat dengan roomates aku & kawan2 satu hostel tapi masalahnya hujung2 sem baru rapat..sedih~Kak ain & Yani mesti perasan kan yang kita semakin rapat masa hujung sem & minggu exam.. :-) Rindu korang.. Ermm ada lagi masalah lain yang menyentuh jiwa & raga aku-kes ex kapel la tu..Eh2 mana ada,pandai2 je.. J

Makan..makan & makan
Aku pelik tengok selera naga aku ni..Ceh padahal dulu2 pun ada selera naga.tapi yang ni selera bapak naga la pulak..Pagi2 aku duk fikir nak makan apa untuk tengah hari n malam & kadang2 duk fikir untuk esok sekali..Teruknya..Pasal exam yang tinggal lagi seminggu tak mau pulak nak fikir..Aku dulu makan tak penah sampai sepuluh ringgit sehari tapi sem ni kalau x cukup sepuluh ringgit sehari x sah walaupun cafe tu tak sedap..Orang mesti kata standard la makan sehari sepuluh ringgit..Itu orang lain tapi aku masa sem2 sebelum ni makan tak pernah lebih sepuluh ringgit..Adakah aku berjimat & diet? Haha ada la kot sikit..(kenapa aku type sepuluh ringgit bayak kali,kan lebih senang type RM10)..Sambung2 pasal makan tadi..Aku ni makan tak ada la yang berat2 sangat time malam macam nasi goreng ayam & nasi putih lauk tomyam..Cuma tengah hari je la kena makan nasi untuk kumpul tenaga kan.hahaha alasan..malam aku makan beehun tapi tengah malam (atas pukul12) aku bantai makan biskut dengan nescafe panas..bila masa la mulut aku berenti dari mengunyah kan..bila tido je baru urat saraf mulut berenti dari bekerja..Sian kau mulut,gigi & lelangit.Haa dah tu..Berat badan macam mana? mesti la maintain......gemok kannn~ :)

Exam yang entah pape
Ni mesti kau tak study kan pastu salahkan exam entah pape..Ok la aku memang malas study tapi tak ada la sampai tak bukak buku langsung & masuk hall dalam keadaan otak kosong..ish2 teruk tu..Aku ni jenis bersengkang mata bila esoknya exam..Maksudnya aku tak tido langsung sampai la waktu exam tu (last minute la tu kan kan)..Gila kau tak pening ke dalam hall??Dah soalannya macam gitu payah tak ada masa aku nak fikir pening & mengantuk..Tapi lepas exam tak payah cakap la..Keluar hall terus berlari dengan laju menuju ke bilik dan merebahkan diri atas katil..cuba bayangkan.. :) Motif utama aku nak cerita pasal exam kali ni,ish dasyat la kan..Sebelum masuk exam,aku akan buat dulu soalan last2 sem dua tiga bijik..Kalau tak buat pun atleast aku akan bukak & tengok bentuk soalan yang ditanya..Ceh2 konon dapat la ilham kan skali amik kau soalan sem ni tak sama langsung dengan sem lepas dari segi bentuk,kepanjangan,kesulitan & keputarbelitan.. (pening tengok ayat sendiri,lantak la)..Duduk je kat seat terus aku tengok muka depan soalan & tengok berapa soalan kena jawab dalam berapa jam..sekali tengok soalan semakin bertambah & masa dikurangkan daripada 3jam kepada 2 jam setengah yang mana berbeza dari sem lepas..Dalam hati terus kata *What? kuang ajo*..Bila bukak bertambah pening tengok ayat2 yang panjang lebar..Memang la ok diberi pilihan tapi kalau dah semua rupa macam tu baik tak payah ada pilihan melainkan pilihan ke3 adalah 'no need to answer if u dont know'..Sambil menjawab dalam hati puas memaki hamun diri sendiri sebab terlalu mempercayai kertas soalan dulu2 sebab tu masa lagi bertambah tak cukup..Lepas ni aku tak nak percaya kau da.Kadang2 terasa diri ini dianaiya..lol..Kawan aku cakap Uia buat macam ni sebab dah ramai sangat budak pandai2 & terlalu ramai dapat A (tak boleh ke semua student A?)..habis orang yang tak pandai macam aku ni jadi mangsa..Sian aku~

          Tak kesah la kan semua tu..Janji dah buat yang terbaik.Selain dari tu,ada jugak benda2 baru yang aku buat yang buatkan aku happy & kadang2 bantu jugak release stress.Contohnya aku join pengakap.Wah..bangga la.Time sekolah tak pandang pengakap pun kan sekarang baru nak terkial-kial mempelajari ilmu pengakap.Kadang2 bila pakai baju pengakap tu terasa macam aku budak sekolah..

Ni masa program ekspedisi from Uia-JB-Melaka and come back to Uia

Yang ni masa program Korobori pengakap Malaysia (pengakap kanak2) & masa tu kami bercamping pulak kat kem yang sama so secara tak langsung berkhidmat untuk depa ni..see..see..dah macam pengakap sekolah jugak kan?

Masa akhir2 sem sempat lagi join program induksi & sekali lagi kami bercamping..So kiranya aku ni bercamping je la kerjanya sem ni.. :)

Yang ni aktiviti water confident.Lihatlah betapa confidentnya aku.*muka cuak sebab takut terminum air keruh tahap gaban tu* haha

Yang ni masa belajar buat pengusung guna scarf.So kena try la kan bila dah siap.Cuba teka mana aku? heee~

          So kira happening jugak la hidup aku sepanjang sem ni walaupun bab study agak gila sikit kan..Apa2 pun sem depan jangan la nak enjoy sangat kan sebab nanti kau menyesal bila dapat pointer tahap %^$#(*..Nak salah kan siapa? Tak kan Kak Limah..Ok,babai..hehe terus babai..Abes nak apa lagi? :)

p/s : Jari2 aku mengalami kesakitan termasuk jua pinggang & belakang aku turut mengalami kekejangan.Sobab eh den menyental bilik air hampir 2 jam petang td (apahal lama sgt bai)..Tambah lagi aku menyental menggunakan berus dawai biasa.Gila kau berus lantai,dinding,kolah air dan sama waktu dengannya pakai berus dawai je..Patut la pun kan..Namun aku gagahkan jua menaip entry panjang lebar ni..Type2 tapi siapa je pun yang baca? huuu~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...