Saturday 23 April 2011

Maharajalawak pilihan

Assalamualaikum..

Sepanjang aku duduk rumah,dah nama pun cuti,mesti la mengadap tv je..Biasala,nak buat apa lagi kan selain memasak,mengemas rumah,cuci pakaian,basuh toilet,sapu halaman & sebagainya..piiraah macam lu buat semua tu..heee~

Kalau dah hari2 tengok tv,mesti ada rancangan favourite kita..Tambah2 yang bersiri..Bila dah tengok sekali,habis la..Besok pada waktu yang sama dah terpacak depan tv pegang remote,duduk mendongak tanpa hirau keadaan sekeliling..punya la tunggu dan tak bagi orang lain kacau turn kau kan..

Aku minat realiti tv sekarang..Tapi bukan Af yang dah lapok tu..Gua tak layan langsung Af sekarang kerana sudah cukup anti & elergik! haha..Kalau masa tekan2 remote tu,sekali ternampak kelibat diari Af,gua jadi tak keruan & menggelabah tak tentu pasal..Lantas sepantas kilat gua menekan remote ke siaran lain sebelum sawan gua datang..*over* nampak bona memang dah tak suko..Selamat la ni Af yang terakhir..:)

Selain Imam muda (hehe nak selamat la tu..eh2 aku tengok ,ok),aku layan Maharajalawak..Maharajalawak ni menampilkan juara,naib dan tempat ketiga masa Raja lawak 1-4..Memang semua hebat2 dan saingan teramat la sengit kan..Tapi kalau dah nama pertandingan beramai2,confirm la ada yang ter'buat' lawak yang tak menjadi pas tu gelak la kau sorang2..Yang tu tolak tepi la..


Favourite aku Nabil,Sepah,Jozan & Jambu..Lawak diorang memang kering & sempoi..Jom tengok sekoq2..


Siapa tak kenal Nabil,juara Raja lawak season 2..Nabil ni bagi aku sangat kreatif dan pandai bawak penonton berimaginasi dengan lawak dia..Contohnya kalau masa dia perform tu,dia lakonkan watak seperti bercakap dengan orang lain,penonton akan dapat tangkap butir yang dia nak sampaikan walaupun die bercakap dengan halimunan..Penyampaian dia selamba dan tiap minggu dia akan sampaikan benda baru & sebab tu orang akan sentiasa tunggu performance dia..Pendek kato,orang kampung den ni pandai la berlawak untuk tiap peringkat umur manusio..Dari budak umur 6 tahun sampai la 80 tahun,semua dapat masuk dengan bahan lawak yang Nabil sampaikan..Yang sangat menarik tentang Nabil,dia tak perlu partner untuk buat persembahan..Sorang2 pun dah boleh gerak & cukup buat orang terhibur..Kira hebat la tu berbanding dengan orang lain..Jom layan 1 of his best performance..link



Next Sepah..Sampai sekarang aku tak tau kenapa nama kumpulan diorang Sepah..Adakah diorang ni kaki buat sepah,atau diorang jenis manusia yang habis madu sepah dibuang..Apa2 je la kan..~ Sepah juara untuk Raja lawak season 3..Dari Raja lawak dulu,tak pernah sekali pun aku tengok diorang buat lawak tak menjadi..Kiranya tiap2 minggu confirm diorang kelakar punya la..Dengan ahli kumpulan 3 orang ni sebenarnya buatkan Sepah maintain tiap kali perform sebab semuanya ada karakter masing2 yang menghidupkan cerita diorang..Performance paling best masa diorang lakon jadi budak dalam penjara..Tiap seorang menceritakan sebab kenapa diorang masuk dalam penjara..Tak payah cerita banyak..Tengok je link ni.. :)



Jozan stand for Johan & Zizan..Ceh kecoh macam la orang tak tau..:) Diorang tempat kedua & ketiga masa Rajalawak season 1..Tak payah masuk Maharajalawak pun orang dah kenal sangat dengan depa ni sebab sangat laku berlakon filem and drama..Dari situ diorang dah kumpul ramai peminat..Itu dah jadi satu bonus untuk diorang untuk menang dalam Maharajalawak..Ni link untuk performance diorang yang memang kelakar sangat la..and bagi aku ini la performance diorang yang paling best sepanjang Maharajalawak ni..



Eh2 nampak macam tak famous je..Memang la sebab diorang jarang keluar tv..Kiri tu Yus merupakan juara Rajalawak season 1..Juara?Yela,dah rezeki dia masa Rajalawak tu untuk menjadi juara..Dan selepas Rajalawak,rezeki Zizan dan Johan pulak lebih meluas sebab terima banyak tawaran berlakon dan mengecara..Eleh apa ni,baca rezeki orang pulak.Bagi penampor kang..Partner dia Tauke,merupakan finalis Rajalawak season 1 jugak..Aik,tadi kata ni untuk juara,tempat kedua & ketiga je?Ye,kehadiran Tauke adalah atas permintaan Yus daripada pihak Astro (skema ayat aku).Mungkin dia lebih selesa untuk perform berdua..Apa2 pun diorang memang sangat sesuai jadi partner atas pentas..Lawak tak ingat..link :)

Program ni sangat best aku rasa sebab betul2 melahirkan pelawak2 terbaik kat industri hiburan Malaysia..Cuba bayangkan kalau program macam ni tak diterbitkan oleh Astro..Rasanya kita duk tengok je la lawak Senario yang makin lama makin lemau dah sekarang..So,kita support je la..Tak salah berhibur asalkan tak berlebihan dan melampaui batasan..

*****************************************

Kalau Usop Wilca masuk Maharajalawak,rasa boleh menang tak? haha

p/s: Panjang betul aku menaip entry yang takde pekdah ni..subuh2 lak tu..ish2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...