Friday, 29 April 2011

Kisah Hati

Assalamualaikum..

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Kenapa aku jiwang sangat pagi-pagi buta ni? Sudah,jangan tertipu..Ni lirik lagu je..Aku sebenarnya jarang layan lagu melayu penyanyi zaman sekarang ni contohnya semua artis Af,Mentor,Geng Stars and semua-semua tu la.Lagu melayu yang aku betul layan semua lagu Siti,itu pun lagu jiwang dia dulu-dulu contohnya Usah Diragui,Tirai Semalam and Seribu Kemanisan..Tak pernah dengar?Nak tau best ke tak gi layan kat youtube.. :)

Berbalik pada lirik tadi..Lagu ni nyanyian Alyah..ala,penyanyi yang suara lembut-lembut tu..Aku minat gak nak dengar lagu-lagu dia..And buat pertama kali aku dengar lagu melayu sekali je kat youtube pas tu terus download..Tadi aku hanya klik drama siri Nur Kasih sebab tiba-tiba nak layan cite tu balik kan..Tiba-tiba keluar pulak muka Remy Ishak dan Alyah..Disebabkan pelik sangat kenapa dak dua orang ni duk peluk-peluk kat tepi gunung,aku pun klik la kat video tu..Lepas tengok,''oh..video clip lagu rupanya"..

Lagu memang 100% best bagi aku..Yang aku kagum sangat ialah video clip dia..Terasa ada keunikan..Mula-mula bukak je terus nampak Remy Ishak menitiskan air mata..Ntah apo kono eh dio tu tak tau la..Lepas tengok lirik,tau la apa yang tersirat disebalik lakonan diorang tu..Hebat la pencipta lagu and pengarah video clip tu..Bagi aku,ianya hasil kerja yang superb.. Lagu,lirik,cerita dan lokasi pengambaran untuk video clip memang terbaik..Untuk pertama kali rasa kagum sangat-sangat dengan orang seni Malaysia..Eh,sebelum ni kagum jugak..Cuma tak tonjolkan kekaguman je..heee~

Ok,jom layan dan sama-sama rasa kagum..Kalau tak nak rasa kagum pun tak pe..Biar aku kagum sorang-sorang hehe..

video

Besar gedabak betul bunga merah kat kepala Alyah

Apa kata anda? Berapa bintang nak bagi? Bagi 4.5/5 je cukup la kan.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...