Sunday 24 April 2011

Terima kasih Ya Allah..

Assalamualaikum..

Hati..seringkali meminta sesuatu..
Setiap detik setiap waktu..
Namun tidak mampu dibaca..
Tidak tercapai dek akal..
Tidak terdetik di benak hati..
Hanya berlegar di ruang mimpi..

Kalau bisa lidah berbicara..
Akan disebut setiap masa..
Aku meminta,aku merayu..
Kerana Engkau tempat mengadu..
Engkau tempat bersujud..

Seringkali Engkau mengerti..
Engkau maha kuasa dan Engkau maha mengetahui..
Kalau bisa ku tatap jauh ke dalam hati..
Akan ku cari makna nurani..

*************************************

Setiap manusia ada impian,cita2,hajat & macam2 lagi..Aku pun ada..Tapi kadang2 aku tak tahu macam mana nak mintak dari Allah..Penah dalam solat,aku dah tak mampu nak berdoa lagi sebab macam aku tak tahu apa aku nak.Macam tak terlafaz..Aku ingat lagi,aku penah dengar ceramah kat Uia..bercakap tentang doa..Manusia kadang2 tak tahu macam mana nak meminta..Kita bila berdoa mesti akan bercakap kan,atau pun cakap dalam hati..Tapi kenapa kadang2 mulut tak boleh nak bercakap..Aku selalu alami benda tu..Padahal hati ni macam2 nak meminta..Masa ceramah tu,ustaz tu cakap,kalau tak mampu berdoa menggunakan mulut,doa la dengan menggunakan hati..Aku tak paham~

Tapi lama kelamaan baru aku sedar..Kita ada macam2 cara untuk berdoa..Allah pemurah..Mulut kita,walaupun tak mampu nak berbicara,tapi Allah masih mendengar apa yang ada di hati kita..Apa yang kita mintak,pasti Allah akan tunaikan..Kalau bukan di dunia,pasti di akhirat kita akan dapat..Sebab Allah sayang kita,lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya..Yang penting kita ikhlas berdoa dan tak jemu meminta..Apa yang kita dapat,kalau rasa bertentangan dari apa yang kita mintak,itu adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmahnya..Sebab setiap apa yang Allah bagi,ianya terbaik buat kita..

Aku tiba2 nak cakap pasal ni sebab aku teringat macam2 perkara berlaku kat aku sepanjang aku hidup..Baik tentang mak ayah,keluarga,kawan2 mahupun pelajaran..Aku dilahirkan dari keluarga sederhana..Adik beradik aku ramai..Dah tentu kadang2 kita rasa camburu bila kadang2 adik kita dapat sesuatu daripada mak ayah lebih dari kita..Tapi aku tak sedar sebenarnya aku pun dapat sesuatu daripada mak ayah aku yang mana adik beradik aku tak dapat benda tu..Tiap pemberiaan tu berbeza2..Ikut rentak kita jugak..Mak ayah dah cuba bagi yang terbaik..Tapi kenapa aku lambat sedar..hmm..

Soal pelajaran..Aku tak seperti orang lain yang cemerlang dari darjah 1 sampai tingkatan 5..Aku tak pernah dapat straight A dalam apa2 exam..Result aku sederhana..Sampai pernah 1 hari tu aku rasa aku ni tak layak belajar tinggi2 dan aku akan bekerja masa umur 18-20..Aku fikir itu 1 kelemahan aku..Tapi sekarang di mana aku berada,aku tak sedar itu 1 pertolongan Allah untuk aku..Aku betul2 tak sedar sebenarnya perjalanan aku..Sekarang baru aku tersedar yang aku berada tahap ni yang mana dulu aku tak pernah terfikir yang aku akan capai..Allah masih tolong kita tanpa kita sedar..Sebenarnya kita perlu berusaha..Tiap apa yang kita usahakan pasti ada ganjaran,cuma sedar atau tak sedar dan lambat atau cepat je..Sebab Allah sayang kita~

Kalau umur masih panjang,macam2 lagi yang kita akan tempuhi..Tiap apa yang kita buat,kita buat la dengan bersungguh2..Demi diri sendiri & keluarga..Dan kita jangan lupa berdoa dan meminta..


Terima Kasih Ya ALLAH..

4 comments:

  1. Betul tu.Dlm hidup ni kalau sebelum ni kita tak hebat,tak bermakna kita ni lemah sangat sampai tak boleh berusaha langsung utk ubah nasib kita kan.takkan selama-lamanya kita akan berada dlm takuk yg sama je.sbg hamba-NYA kita hanya perlu yakin,berusaha,tawakal, dan redha. :)Kdg2, kelemahan yg ada pada kita boleh dijadikan senjata utk kita lebih berjaya pada masa akan dtg.Kejayaan akan dtg dlm mcm2 bentuk. chayokk!!

    ReplyDelete
  2. caiyok! berusaha,berdoa dan bertawakal adalah tunggak kejayaan..tiap apa yang kita lakukan kena ada sifat sabar dan bersungguh2..Allah menilai setiap usaha kita..yg penting kena selalu ingat Dia.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah aren alin
    Melewati hari ini dgn penuh makna.
    Makna tentang cinta, ilmu, dan iman.
    Dengan cinta hidup menjadi indah.
    Dengan ilmu hidup menjadi mudah.
    ...dan
    Dengan Iman hidup menjadi terarah... mngee;~ kan kan kan ))
    semoga aren bersyukur selalu kepada Allah swt
    kita insan yg lemah didunia .. xpi ingatlah jika kita sentiasa bersamaNya pasti kita akan mengecapi dlm erti kebahagiaan didunia dan akhirat ... percayalah ..mngee;~(amboi labi kalo bofalsafah..cair weiii hehe ))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...