Sunday, 24 April 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Assalamualaikum..


Aku pun nak join jugak kan! Siapa lagi nak join? link.. Mari ramai-ramai bersantai ke blog Mr Ben Ashaari.. :) Wah2..first time ni aku nak join benda-benda macam ni..Terasa diri ni dah melangkah tahap 'pandai' sikit dalam dunia blogging..heee~

Ok2 jom complete kan syarat yang ditetapkan oleh bro Ben Ashaari..Hmm buat karangan eh?Tak po,den memang suko karangan sejak zaman sekolah lagi..hehe

Soalannya : Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog dan siapakah sumber inspirasi anda??

Aku start buat blog pada 1 Mac 2011..Baru sangat lagi kan..Dan pada masa tu,dah terang-terang terlalu ramai blogger yang start berblogging bertahun-tahun lepas..Sebelum ni aku hanya terjah blog-blog orang.Dan pada usia 22 tahun ni,aku rasa masih tak terlalu lewat lagi untuk aku create blog aku sendiri dengan bertujuan untuk berkongsi serba sedikit tentang life aku atau sesuatu yang lain yang mungkin dapat dikongsi bersama..Tak kan nak cerita life kita je kan?

Sebenarnya aku sendiri kurang pasti siapa yang mempengaruhi aku untuk membuat blog..Sebelum ni,terlalu ramai blogger hebat yang aku dah kenal pasti contohnya Bro Zack Zukhairi,Sis Hanis Zalikha,Sis Fatin Liyana dan of course Bro Ben Ashaari..Dengan entries diorang yang terbaik,ruangan tips yang sangat berguna untuk dikongsi dan jumlah pengikut yang ramai membuatkan aku berasa kagum dengan diorang..Tambahan pulak mereka ni semua dalam kolongan orang muda yang terpelajar..Ini mungkin menjadi pengaruh utama aku untuk buat blog..Dan secara tak langsung jugak diorang menjadi sumber inspirasi aku..

Keduanya,sudah tentu diri aku sendiri yang pengaruh aku untuk membuat blog..Aku seorang student..Study kadang-kadang buatkan aku stress..Dengan menaip sesuatu,ianya seolah-olah mengurangkan sedikit tekanan aku..Yela,menulis blog ni sama la jugak macam kita meluahkan sesuatu kan..

Ok..tu saja la..harap-harap aku akan terus rajin ber'blogging' dan dapat menambahkan lagi jumlah kenalan..Dan tiap apa yang kita semua kongsikan,moga ianya menjadi sesuatu yang berguna untuk kita semua..:)

(alamak,macam dah lebih 100 words..jangan tolak markah ye,cikgu..hehe)

p/s : Ayat macam skema sikit sebab kat sekolah dulu dah biasa buat karangan macam tu..heee~

6 comments:

  1. salam...

    singgah dari blog abg ben..

    ** folo blog awak..

    ReplyDelete
  2. come visit n follow my blog at
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    thanks!! hehe

    ReplyDelete
  3. no hal,nis..thanks sbb follow aku jugak.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...