Tuesday 26 April 2011

Senarai anak buah aku atau anak menakan bak kata orang penang haha

Assalamualaikum..

Alhamdulillah abang saudara kesayangan aku (ceh nak jugak taruk kesayangan tu) dan pasangan dia baru je menyambut kelahiran anak diorang yang pertama yang sangat comel di hospital kulim dengan berat 2.65kg.. (baca sekali nafas hehe).. Aku tak tengok lagi baby dia sebab jauh nun kat kedah..aku pulak kat n9..Tapi aku tau baby diorang comel sebab ayahnya sungguh kacak dan ibunya cun gilakss..Masakan anak tak comel kan..

Nama-Putri Chinta Qasryna Bt Mohd Azri Anuar..Ambik kau! Ni nanti masa sekolah mau kena tulis nama 2 line kat buku latihan..Pas tu masa nak nikah suami dia nanti kena practise 50 kali nak akad baru lepas agaknya..Tapi boleh ke nama anak dan bapak 3 patah perkataan?Jabatan Pendaftaran bagi ke?heee~ Suka hati la nak taruk apa kan kan.. :)

Nama budak zaman sekarang dasyat-dasyat..bukan setakat panjang,malah berbelit lagi nak menyebutnya..Lepas tu unik pulak kan.. Kasih Suci (cite Melayu),Kejora Bintang (cite Indon),Sayang Rindu (aku reka sendiri)..Nanti zaman anak kepada anak aku pulak,tak tau nama apa diorang nak bagi..

Seronok dapat anak buah yang ramai..Aku dah ada sorang anak buah betul (anak kepada kakak)..Abes baby yang baru lahir tadi anak buah tipu ke? hehe tak la..maksudnya anak kepada kakak aku tu dah kira darah daging sendiri..


Ni la budak nakal tu..nama-Qaseh Aleesya..nak jugak qaseh tu,tak mau ketinggalan..Dia anak pertama kepada kakak aku,anak buah pertama kepada pakcik dan makcik dia dan jugak cucu pertama kepada ayah dan mak aku..Kesimpulannya dia la yang pertama,tiada sebelumnya..Apo den merepek..? Disebabkan dia ni yang first,semua orang nak manjakan dia..Apa dia nak semua dapat,tambahan pulak dia ni kecik-kecik dah pandai demand..Pandai kau ye! Tapi dia seorang budak yang bijak..Ajar sekali dah dapat dan dia akan ingat benda tu..Macam tak sepadan dengan umur dia yang tak sampai 2 tahun tu..Harap-harap kau dah besar kau jadi lagi pandai ye,dik..Jadi doktor,majistret,arkitek,lawyer.. Pilih mana 1 kau nak..heee~

Seronok ada anak menakan ramai-ramai ni..Aku ada lagi sorang kakak dan sorang abang saudara yang tengah tunggu kelahiran baby diorang..Diorang ni adik beradik tau..Sama pulak tu bulan lahir anak diorang nanti..Plan ke apa?hehe..Dan masing-masing menunggu kelahiran anak pertama..Untung mak ngah aku,dapat cucu sekali 2 orang serentak..

Jom ramai-ramai tambahkan lagi bilangan baby wahai abg,akak dan saudara-saudaraku (aku terkecuali la ye)..Meriah sikit bila balik kampung masa raya nanti haha..Macam tak de motif.. :)

p/s : 3 hari lepas aku pergi Tesco Seremban..Aku selisih lebih 10 wanita mengandung (siap kira),tak kira pengunjung,sales assistant mahupun cashier..musim kot..haha..

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...